Makanan, Review

Wanista Cuba Aplikasi #DahMakan & Ini Yang Kami Suka!

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Guo Pei, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Wanista Cuba Aplikasi #DahMakan & Ini Yang Kami Suka!

Jika anda seorang yang sibuk dan harus menepati deadline seperti penulis, anda pasti tidak kisah untuk membiarkan perut lapar asalkan kerja dapat disiapkan dengan sempurna terlebih dahulu. Bukanlah kata kita terlalu malas untuk pergi membeli makan di kedai atau restoran yang berdekatan tetapi kadang-kala proses pembelian mengambil masa yang lama lebih-lebih ketika waktu puncak seperti lunch time.

Lebih parah apabila makanan yang disediakan penjual tidak memiliki rasa yang kena dengan tekak kita. Kalau sedap sekalipun, entah minyak zaman bila yang tukang masak gunakan. Kebersihan dan kualiti makanan yang dibeli di gerai-gerai makan sememangnya diragui.

Sumber: dahmakan.com

Untuk itu, penulis rasa beruntung kerana dapat mencuba sendiri servis penghantaran makanan stratergik yang dipanggil dahmakan ini.

Aplikasinya yang dimuat turun menerusi telefon pintar mesra pengguna bahkan makanan yang disediakan mereka ini juga amatlah menyihatkan. Jadi tak perlu risau tentang kualiti sajian yang bertaraf lima bintang oleh dahmakan.

Apa Itu dahmakan?

Sumber: dahmakan.com

Dahmakan adalah aplikasi telefon pintar membolehkan pengguna menempah makanan, yang kemudian akan dihantar terus ke lokasi seperti ditetapkan oleh si pengguna tanpa sebarang caj penghantaran atau wang upah.

Cuma perlu bayar harga makanan seperti yang telah ditetapkan dalam katalog menu harian dahmakan. Malah, tempahan juga boleh dibuat tanpa had tau!

Variasi Sajian Oleh dahmakan

Sumber: vcnewsnetwork.com

Setiap hari, terdapat lapan (8) menu pelbagai disediakan oleh dahmakan dan menariknya, setiap hari menu berlainan yang akan disediakan dan ini memudahkan pengguna untuk membuat pilihan berdasarkan selera masing-masing tanpa rasa jemu. Menu Vegetarian juga ada ditawarkan untuk mereka yang hanya makan sayur.

Jika anda merasakan hidangan utama tidak cukup mengenyangkan, boleh juga menempah pencuci mulut seperti biskut cip coklat serta hidangan sampingan seperti sup cendawan, sup labu dan lain-lain.

Untuk minuman, jus buah-buahan dan air mineral ada ditawarkan.

Servis Penghantaran dahmakan

Sumber: dahmakan.com

Jangan terkejut, dahmakan tidak mengenakan sebarang kos penghantaran atau caj tambahan. 

Pengguna juga boleh mengetahui waktu bila yang penghantar akan tiba menerusi jangkaan waktu yang disedikan dalam sistem aplikasi. Jadi tak perlulah kelam-kabut turun ke lobi pejabat untuk mengambil makanan anda tu. Senang kata, boleh ‘bajet’ masa… :) 

Paket Pembungkusan dahmakan

Rapi dan sangat sempurna, setiap satu makanan dibungkus kemas dalam kotak istimewa yang diperbuat daripada material kertas tebal dan berkualiti bahkan sudu, garpu dan tisu juga disediakan untuk memudahkan pengguna menikmati makanan tanpa sebarang halangan.

Tidak seperti sudu dan garpu plastik yang mudah patah, dahmakan menyediakan peralatan makan yang terbaik kerana sudu dan garpunya diperbuat dariapda jenis plastik yang kukuh dan tebal. Jadi, tak ada masalah apabila anda memakan ayam atau daging yang liat sekalipun.

Rasa Makanan Yang Ditempah Dari dahmakan

Disebabkan dahmakan mengutamakan penyediaan makanan yang sihat, setiap sajiannya akan ditemani hidangan sampingan seperti sayuran rebus terdiri daripada kacang panjang, lobak merah dan kubis bunga. Sayuran rebusnya sangat segar dan tidak terlalu lembik seperti sayuran rebus atau celur yang kita makan di kedai-kedai.

Thai Green Chicken Curry.

Tekstur sayurnya rangup manakala rasa hidangannya juga tidak banyak beza dengan hidangan yang disediakan segar oleh para tukang masak profesional yang bertugas di hotel lima bintang. SEDAP.

Saiz hidangannya juga boleh tahan besar dan tersangatlah mengenyangkan!

Cara Menempah Menggunakan Aplikasi dahmakan

1. Muat Turun Aplikasi dahmakan.

2. Pilih hidangan (makan tengahari/malam) yang diminati menerusi katalog menu. Tambah ke troli pembelian.

3. Jika mahu hidangan sampingan dan air, boleh pilih dan tambahkan ke troli pembelian.

4. Setelah selesai, klik imej troli pembelian pada bahagian atas skrin sebelah kanan untuk semak kembali tempahan yang dibuat.

Boleh mendaftar sebagai ahli PRIME untuk dapatkan penjimatan berganda.

5. Lengkapkan maklumat penghantaran seperti nombor telefon dan alamat lokasi.

6. Pilih masa penghantaran.

7. Klik butang [next] untuk ke laman seterusnya dan semak kembali tempahan.

8. Pilih cara pembayaran sama ada menggunakan pembayaran online, kad kredit, paypal mahupun pembayaran terus COD.

Contoh lampiran semakan tempahan.

9. Yay! Bila dah sampai nanti boleh makan kenyang-kenyang!

Harga Makanan dahmakan

Menurut pengalaman penulis, harga makanan yang ditawarkan dahmakan adalah sedikit mahal dan tidak begitu sesuai untuk individu mahu menempah setiap hari. (kalau nak order setiap hari daftar sebagai ahli PRIME kerana lebih jimat).

Seperti penulis sendiri, bajet makan tengahari adalah RM10 ke bawah, jadi apabila melihat julat harga rata-rata makanan yang ditawarkan dahmakan adalah sekitar RM15 hingga RM25, penulis merasakan ia agak keterlaluan melebihi kemampuan.

Kalau kadang-kadang tu mungkin tiada masalah, tetapi kalau sudah hari-hari membayar harga makanan tengahari RM20 mahu juga ‘pokai’ dibuatnya.

Tapi kalau anda sanggup membayar lebih untuk menikmati makanan sihat dan enak apa salahnya…

Pendapat Penulis…

Secara keseluruhan, penulis sangat berpuas hati dengan servis dan hidangan yang disediakan dahmakan. Semuanya sempurna dan layak diberi lima bintang AKAN TETAPI, disebabkan harga makanannya boleh dikira MAHAL dan berada di luar bajet harian kebanyakan individu yang berpendapatan serdahana, penulis cuma akan beri ???☄ (tiga setengah bintang). 

Lagi satu kelemahan dahmakan adalah buat masa ini mereka hanya menerima tempahan dan membuat penghantaran di sekitar Kuala Lumpur sahaja.

Sumber: facebook.com/orderdahmakan

Pengguna boleh muat turun aplikasi dahmakan di Google dan Apple App Store sekarang untuk mula menempah makan sihat lagi enak yang dihantar terus ke anda. 

Untuk keterangan lanjut, sila klik [dahmakan.com/menu] atau lawat laman Facebook dahmakan di [www.facebook.com/orderdahmakan].

Komen Anda