Fesyen

Bernard Chandran Hidupkan Kembali Fesyen “Tutu” Menerusi Koleksi Musim Bunga/Panas 2018

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Guo Pei, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Bernard Chandran Hidupkan Kembali Fesyen “Tutu” Menerusi Koleksi Musim Bunga/Panas 2018

Bernard Chandran nampaknya mengolah kebijakannya untuk menghidupkan kembali fesyen tutu menerusi koleksi musim bunga/panas rekaannya musim ini.

Menonjolkan aura retro dari segi perincian eksentrik, tutu bisa sahaja bangkitkan jiwa trend 80-an yang sensasi sekakigus diserlahkan lagi dengan potongan helaian moden romantik.

Foto -Arkib Wanista

Rekaan dress ilham Bernard Chandran kali ini memfokuskan potongan-potongan kain yang mampu menyerlahkan bentuk tubuh si pemakai bahkan penggunaan perincian seperti sulaman manik dan kristal pula secara tidak langsung menceriakan helaian dalam koleksi ini yang tidak hanya ditenggelami fabrik polos.

Foto -Arkib Wanista

Antara fabrik dan gabungan material yang digunakan untuk menjayakan koleksi ini adalah termasuk fabrik kapas, fabrik jaring dipanggil Can-Can, kulit dan renda. 

Tonton Video Disebalik Tabir Penghasilan Koleksi Musim Bunga/Panas 2018 oleh Bernard Chandran

Benard Chandran sehabis baik mahu menonjolkan potongan pakaian yang minimalis namun menerapkan kepelbagaian menerusi perincian yang sarat.

Foto -Arkib Wanista

Palet rona yang diketengahkan pula adalah monokrom, merah serta warna neon lain seperti kuning dan merah jambu terang.

Foto -Arkib Wanista

Untuk keterangan lanjut, sila klik [bernardchandran.com] atau lawat laman Facebook rasmi Bernard Chandran di [www.facebook.com/Bernard-Chandran]

Komen Anda