Berita & Isu Semasa

Foto Luar Biasa Gorila ‘Peluk’ Manusia Ini Menang Anugerah Wildlife Photographer of the Year

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Guo Pei, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Foto Luar Biasa Gorila ‘Peluk’ Manusia Ini Menang Anugerah Wildlife Photographer of the Year

Sebuah foto yang dirakam menampilkan seekor gorila bersama manusia ini nampaknya memberi 1001 makna kepada sesiapa yang melihatnya sehingga ia diangkat sebagai juara bagi kategori Wildlife Photographer of the Year menerusi People’s Choice Award.

Lebih 50,000 penyertaan dihantar, mempamerkan pelbagai foto haiwan liar yang dirakam secara profesional oleh jurugambar ternama namun foto Gorila bersama seorang penyelamat ini paling auntentik sekaligus menyentuh hati ramai.

Anak gorila bernama Pikin ini dahulu hampir disembelih sebelum diselamatkan oleh penyelamatnya, Appolinaire Ndohoudou. Foto -Jo-Anne McArthur

Ia dirakam oleh jurugambar yang berasal dari Kanada bernama Jo-Anne McArthur, foto tersebut telah disenarai pendek oleh Natural History Museum dan termasuk dalam 24 foto terbaik. 

Foto yang menampilkan bayi gorila bersama penyelamatnya itu akan dipamerkan sewaktu berlangsungnya pameran Wildlife Photographer of the Year di Natural History Museum London sehingga 28 Mei nanti.

Untuk pengetahuan semua, pertandingan Wildlife Photographer of the Year adalah kejohanan tahunan yang dianjurkan sendiri pihak muzium bagi membuka platform global kepada para jurugambar hidupan liar serta bidang kewartawanan fotografi terus menyinar.

Antara foto hidupan liar menarik lain yang disenarai pendek adalah:-

Foto -Debra Ebra Garside
Foto -Luke Massey
Foto -Jami Tarris
Sumber: thesun.co.uk
Foto -Claudio Contreras Koob
Foto -Marco Urso
Foto -Ray Chin

SUMBER 

Komen Anda