Tips - Kesihatan

Rawat Demam Secara Semulajadi? Ganti Panadol Dengan Makanan Ini

Izzah Azizah
/
Beauty Enthusiast. Instagram: @izzahabaziz
Rawat Demam Secara Semulajadi? Ganti Panadol Dengan Makanan Ini

Badan tak selesa, tekak rasa tak sedap memang simptom biasa bila anda diserang demam atau selsema. Semuanya rasa tidak kena dan serba-salah dibuatnya. 

Wanista percaya ramai yang mahu cepat sembuh dari demam tapi masalahnya bila sakit tidak ramai yang berusaha untuk kekal hidrasi dan mengambil makanan penuh nutrisi. Semuanya diikut perasaan dan lebih memilih ubat-ubatan.

Tanpa anda sedari ada langkah yang lebih baik dan bernutrisi yang sangat ringkas untuk meningkatkan semula imunisasi badan. Ini penyediaan atau senarai makanan yang bermanfaat sepanjang hari sakit anda. 

Amalkan! Cuba ganti ubat-ubatan dengan…

#1 Air buah-buahan

Paling penting ketika demam ialah dengan kekal hidrasi. Ya, Wanista tahu siapa sahaja berselera nak minum air kosong. Jadi gantikan air kosong dengan minuman kaya dengan elektrolit atau minuman khas untuk bersukan. Lebih mudah minum air kelapa atau jus oren tapi pastikan ianya yang asli bukan kordial. Anda bukan sahaja kekal hidrasi malah dapat komponen vitamin yang boleh membasmi virus!

Foto – Ultimate Home Life

 

#2 Minuman panas (teh hijau)

Cara lain untuk hidrasi sambil melegakan sakit tekak dengan minum teh panas. Aliran pernafasan bertambah baik dengan mengambil minuman panas atau suam malah ia lebih baik dari minuman sama dengan suhu bilik. Pakar nutrisi mencadangkan minum teh hijau panas kerana ia tinggi dengan antioksida. Campurkan sedikit madu untuk merawat sakit tekak dan melegakan batuk.

Foto – Natalie Creates

 #3 Mee sup ayam

Sedapnya! Menu nutrisi lengkap dengan sup untuk hidrasi dan mengantikan tubuh kehilangan sodium. Sayur-sayuran dalam sup sebagai pembekal vitamin dan ayam pula protein tambahan. Dalam kajian lain ada yang berpendapat sup ayam mampu melawan virus dan membantu sel darah putih secara efisien.

Foto – Google

#4 Makanan tinggi vitamin B atau zink 

Fungsi utama untuk melawan penyakit dengan mempunyai tenaga yang kuat. Tingkatkan tenaga dengan pemgambilan makanan dari vitamin B atau B12 seperti telur, daging, makanan laut dan produk tenusu. Selain itu roti penuh gandum atau bijiran sarapan pagi juga punya nutrisi yang sama!

Foto – Food to Live

 #5 Halia

Rata-rata dari kita akan say no dengan halia kerana rasa pedas dan rasa tengik tapi cubalah dulu! Kajian mendapati halia paling bagus untuk melegakan masalah penghadaman dan demam. Pilih teh halia atau sup tapi jangan minum yang didalam produk takut mengandungi halia tiruan semata-mata.

Foto – Google

RUJUKAN

Komen Anda