Kembara

#CutiCuti2018: 10 Muzium Paling Pelik Di Dunia

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Guo Pei, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
#CutiCuti2018: 10 Muzium Paling Pelik Di Dunia

Penulis tahu rata-rata kita apabila pergi melancong, kita lebih gemar bersiar dan melihat seni bina serta mengambil foto-foto kenangan berlatarkan keindahan alam. Tak kurangnya, ada juga yang obses mahu mencuba makanan tempatan yang enak sekadar melepaskan keinginan yang sudah lama terpendam.

Namun, tahukah anda ada satu lagi tempat yang bisa membuka minda malah menyeronokkan jika diterokai dengan betul tatkala menjejakkan kaki di bumi orang? Yup! MUZIUM.

Seperti yang kita semua tahu, setiap negara memiliki ciri dan peradaban yang tersendiri, tradisi serta warisan yang tiada tolok bandingannya… Jadi, muziumlah antara lokasi tepat untuk dilawati meskipun kadang-kala kita perlu mengeluarkan sedikit bajet untuk membeli tiketnya agar dapat memperjelaskan pemahaman kita terhadap sesebuah budaya.

Paling kurang, kita sebagai pelancong bisa mendapatkan ilmu dan ianya pasti menarik!Jom Wanista senaraikan beberapa muzium pelik yang wujud di luar sana.

#1 Cancun Underwater Meseum @ Mexico

Sumber: hdnux.com

Dibangunkan pada 2009 dengan kerjasama antara pakar biologi dan artis Jason deCaires Taylor, muzium dalam air di perairan Cancun, Mexico ini menampilkan lebih 500 arca yang ditempatkan di dasar laut.

Sumber: theyucatantimes.com

Ia bukan sahaja untuk menjadi tarikan kepada para pelancong namun ia juga menjadi tempat pembiakan spesis batu karang yang kemudiannya bertukarmenjadi sebuah lanskap laut yang indah. Para pengujung yang berminat perlulah tahu menyelam dan berenang kerana pemakaian seperti pakaian bersesuaian serta peralatan menyelam skuba dan snorkeling diperlukan.

Sumber: leisureopportunities.co.uk

Jika tidak, pengunjung boleh melihat dan melawat muzium bawah laut itu menerusi bot berpermukaan kaca yang disediakan.

Sumber: lacalypsodivecenter.com

#2 Iceland Phallological Museum @ Reykjavik, Iceland

Sumber: webnoviny.sk

Didedikasikan untuk bidang pengkajian zakar, muzium ini mempamerkan lebih 215 jenis buah zakar yang diambil daripada haiwan mamalia darat dan air. Antara spesimen yang boleh dilihat adalah termasuk zakar ikan paus, gajah dan banyak lagi.

Foto -Arctic Images/Alamy Stock Photo

Pengasasnya, Sigurður Hjartarson, minat untuk membangunkan muzium ini sejak dia menerima spesimen zakar lembu jantan semasa dia kecil dan kemudian mula berjinak-jinak dalam bidang phallology sejak 1974 sekaligus mengumpul buah zakar ikan paus serta buah zakar binatang-binatang lain sehinggalah pembukaan muzium pada 1990.

#3 Plastinarium @ Guben, German

Sumber: panoramio.com

Selepas selama 39 mendalami ilmu perubatan, pembedahan dan kimia, Gunther von Hagens mencipta kaedah menggunakan bahan plastik untuk menggantikan lemak dan air di dalam tubuh bagi memperbaiki tisu manusia yang terjejas atau rosak. Kaedah ini dahulu pernah mengundang kontroversi dalam dunia perubatan dunia.

Sumber: wordpress/controversialtourismdestinations

Di sini, pengujung akan belajar mengenai sejarah anatomi, melihat visual yang menunjukan cara penggunaan plastik bagi memulihkan tisu tubuh dan banyak lagi.

Mengunjunng dapat melihat dan mencuba sendiri proses memulihkan tisu tubuh manusia yang sudah rosak. Sumber: flickr.com
Foto -Michelle Tantussi/Getty Images

#4 The Momofuku Ando Instant Ramem Museum @ Osaka, Jepun

Sumber: lallieperalejo.com

Pada tahun 1958, Momofuku Ando mencipta mi segera pertama di dunia yang berperisa ayam. Pengalaman itu kemudian diabadikan dalam sebuah muzium yang kini dikenali sebagai The Momofuku Ando Instant Noodle bagi mendokumentasikan tradisi makanan di Jepun.

Sumber: nissin.com

Bukan itu sahaja, pengunjung juga berpeluang melihat sendiri koleksi dan jenama mi segera dari seluruh dunia di sini.

Sumber: nissin.com

Jika sudah sampai ke sini, jangan lupa untuk rasa sendiri keenakan ramen Hokkaido dan Tohoku bahkan pengujung berpeluang cipta ramuan mi segera mereka sendiri di CUPNOODLES Factory!

Sumber: .japantravel.com

#5 Museum of Sex @ New York

Sumber: dreamstime.com

Okay, ini mungkin kelihatan tidak sesuai untuk dilawati bersama keluarga… Namun, jika anda dan ahli kelurga yang berusia 18 tahun atas bisa berfikiran terbuka dan positif apa salahnya. 

Foto -Piotr A Redlinski, The New York Times/Redux

Muzium seks ini dibuka sekitar 2002 yang mempamerkan sejarah, evolusi serta kepentingan budaya seksual dalam kalangan manusia. New York Magazine menyifatkan penjelajahan ke dalam muzium ini adalah umpama “Mimpi Seks Willy Wonka” di mana anda boleh bebas melihat dan merasa sendiri pengalaman untuk menyerap segala macam info berkenaan seks tanpa halangan.

Sumber: Youtube

Merupakan tempat pengumpulan artifak, karya seni, fotografi, kostum dan barangan bersejarah yang berkaitan dengan seks dan seksual.

#6 Vent Haven Ventriloquist Museum @ Fort Mitchell, Kentucky

Sumber: cincinnatirefined.com

Pada 1910, William Shakespeare Berger membeli anak patung pertama beliau yang diberi nama, Tommy Baloney. Sehingga 1947, koleksi anak patungnya semakin banyak lalu beliau mengubah suai ruang simpanan rumahnya untuk menjadi rumah kepada patung-patungnya itu.

Sumber: wordpress/sibcyclinenews

Kini rumah berkenaan diangkat menjadi muzium yang menempatkan lebih 800 buah patung, foto-foto, buku sejarah dan banyak lagi yang semuanya merupakan koleksi peribadi kesayangan milik William Shakespeare berger.

#7 International Spy Museum @Washington. D.C.

Foto -Win Mcnamee/Getty Images

Muzium perisikan ini menampilkan koleksi barangan dan perkakas unik yang sering digunakan para perisik zaman dahulu bagi menjalankan tugasan mereka yang penuh misetri dan rahsia ini. Antaranya adalah termasuk kamera mini, senjata penyamran, wang palsu serta mesin chiper untuk mendedahkan kebijaksanaan dunia perisikan.

Pengujung bakal melihat sendiri foto-foto dan video temu bual yang dilakukan para perisik melibatkan kes-kes jenayah dan sebagainya.

#8 Torture Museum @ Amsterdam, Netherlands

Foto -Michiel Vaartjes/Alamy Stock Photo

Bersiap sedia untuk menjejaki sejarah hitam zaman Eropah dahulu kala. Ini kerana, muzium ini mempamerkan lebih 40 alatan yang mereka gunakan untuk menyiksa pesalah dan tertuduh secara ganas.

Bukan itu sahaja, info-info mengenai penyiksaan moden juga boleh ditemui dalam muzim ini sebagai bekalan ilmiah untuk dibawa pulang ke tanah air dan dikongsikan bersama teman-teman.

#9 Sulabh International Museum of Toilets @ New Delhi, India

Foto -Raveendran AFP/Getty Images

Terletak di tengah-tengah kesibukan kota India, muzium ini mencerminkan kebersihan dan sistem pelupusan najis yang telah wujud di negara itu sejak 2500 sebelum masihi sheingga kini.

Terdapat banyak rekaan tandas unik yang dipamerkan seperti mangkuk tandas bersalut emas dan lain-lain.

#10 The Mummy Museum @ Guanajuato, Mexico

Sumber: panoramio.com

Pada pertengahan abad kurun ke-19, beratus mayat telah ditanam secara beramai-ramai di Santa Paula Pantheon. Namun, jika keluarga si mati tidak mampu membayar cukai pengembumian yang dikenakan pihak bandar, mayat tersebut akan serta-merta digali semula.

Foto -Danita Delimonnt/Getty Images

Apa yang peliknya adalah, sebaik mayat telah digali dan dikeluarkan… ia kelihatan seperti secara semula jadi sudah diawet menerusi proses tindak balas tanah abnormal yang ada dikawasan perkuburan tersebut.

Antara mayat mumia yang boleh dilihat wujud sehingga kini dan dipamerkan di The Mummy Museum adalah bayi, kanak-kanak, orang tua dan ramai lagi.

Sekali-sekala pergi negara orang, tempat-tempat macam nilah berbaloi untuk kita pergi lawat betul tak?

Sambil-sambil tu masuk juga ilmu :)

Selamat melancong! ❤

Komen Anda