Cinta & Perhubungan

Senarai Pakej Makan Malam Hari Kekasih Di Resorts World Genting

Izzah Azizah
/
Beauty Enthusiast. Instagram: @izzahabaziz
Senarai Pakej Makan Malam Hari Kekasih Di Resorts World Genting

Jadikan Hari Valentine kali ini lebih bermakna dengan menikmati pelbagai hidangan makan malam romantis di Resorts World Genting. Restoran ‘puncak awan’ seperti Burger & Lobster, The Olive, Flavors dan the Bakery menawarkan menu bersama kulinari kraf. 

Menu bersempena Hari Kekasih di The Olive, LTITUDE dan Flavors dibuka pada 6 petang hingga 10:30 malam pada 14 Februari 2018 sahaja. Manakala kek cawan (Valentine’s cupcake) di the Bakery bermula 8 hingga 14 Februari sahaja.

Wanista senaraikan promosi set makan malam atau hidangan Hari Kekasih di restoran Resorts World Genting.

Pakej Tower of Love – Penginapan 2 hari 1 malam di First World Hotel, makan malam di Burger & Lobster dan 1 makeover di Sephora hanya RM388!

Foto – Pakej Tower of Love

Pakej makan malam The Olive – Makan malam ala Eropah dengan 4 set hidangan lengkap King Mushrooms, Caprese Pasta, Hamachi atau Wagyu Tenderloin dan pencuci mulut Red Entrement iaitu pada RM288 seorang.

Foto – arkib Wanista.com

Pakej berpatutan Flavors – Terletak di ruang lobi Hotel Awana. Menghidangkan 4 set makan malam yang hanya RM98 seorang atau RM190 dua orang. Tetamu akan menikmati Salmon Tartare, sup Roaster Pumpkin Creamy, Lime Sorbet, Mashed Potatoes and Bell Pepper Sauce atau Grilled Beef Tenderloin.

Foto – arkib Wanista.com

Manisan cinta the Baker – Dapatkan cupcake Strawberry Trifle dan Chocolate Mud   comel dekorasi Hari Kekasih di the Bakery dengan hanya RM20 setiap satu. The Bakery dibuka 7 pagi hingga 1 pagi (Ahad hingga Khamis) dan 7 pagi hingga 3 pagi pada Jumaat, Sabtu.

Maklumat lanjut layari www.rwgenting.com.

Komen Anda