Kota Metropolis Dubai yang tidak pernah kalah daripada rekod untuk membina pencakar langit memiliki ketinggian ekstrem sekali lagi mengumumkan pembukaan sebuah “Hotel Baharu Tertinggi Di Dunia” semalam dan ia kini merupakan mercu tanda terkemuka yang bakal menjadi perhatian.
Bangunan Gevora Hotel yang dibina daripada logam berwarna emas itu memiliki 75 tingkat dan berketinggian 356 meter sekaligus mengalahkan Eiffel Tower yang cuma 324 meter.
Namun, jika hendak dibandingkan dengan hotel JW Mariott Marquis Dubai, Gevora Hotel cumalah satu meter tinggi.
Tetamu dijangka mula menginap di hotel mewah berkenaan mulai hari ini dan menurut laporan akhbar tempatan, Gevora Hotel menawarkan lebih 528 buah buluk serta kawasan kolam renang terbuka buat para penginap.
Selain Gevora Hotel dan JW Mariot Marquis, Dubai juga adalah rumah kepada pencakar langit tertinggi di dunia Burj Khalifa yang memiliki ketinggi 828 meter.
https://www.instagram.com/p/Beu7XJhAO9P/?hl=en&taken-by=gevorahotel
Kota Dubai kini sasar mahu menarik lebih 20 Juta pengunjung menjelang 2020 bersempena pembabitannya selaku tuan rumah untuk Ekspo Perdagangan pada tahun 2020.