Yura Min, peluncur ais dari Korea Selatan mengalami nasib ‘malang tidak berbau’ selepas debut di temasya sukan Olimpik Musim Sejuk, semuanya gara-gara kostum yang dipakainya.
Pemain 22 tahun itu memakai top off-shoulder seksi berwarna merah, malangnya setiap kali ingin memulakan langkah, top tersebut dilihat merosakkan rutinnya sehingga mendedahkan bahagian atas belah belakang dan depan bahkan dia dilihat tidak selesa dan kerap membetulkan top.
Walaupun dalam keadaan mendukacitakan itu, Yura dan pasangnya, Alexander Gamelin masih terus tersenyum dan berusaha menghabiskan rutin tanpa sebarang kesilapan besar dibuat.
Yura Min memberitahu media bahawa cangkuk di bahagian atasnya tidak dapat berfungsi dengan baik beberapa saat sebelum acara mula. Dugaan….
https://www.youtube.com/watch?v=ZFmy3E_Ci1c
Tak apalah yang penting Yura Min berusaha menghabiskan rutin tanpa membuat kesilapan, itu yang patut dibanggakan.