Pernah terfikir tak mengapa wanita yang kuat bekerja dan boleh disifatkan sebagai seorang yang berdikari ini selalunya sukar untuk menemui lelaki idamannya?
Biarpun tidak berdampingan dengan mana-mana lelaki, tidaklah bermakna mereka ini tidak mahu dicintai dan menolak cinta itu buta-buta. Namun kadang-kala, lelaki yang sukar memberi komitmen kepada wanita yang tabah dan mampu mengharungi segala cabaran dengan sendirinya ini.
Jadi, apa sebenarnya ‘masalah’ wanita berdikari sehingga lelaki sukar mendekati diri mereka atau mereka ini yang lebih senang bersendirian?
#1 Kompromi
Setelah sekian lama membujang, anda pasti sudah menetapkan arah tujuan hidup yang tersendiri. Untuk itu, anda sukar membuat keputusan lebih-lebih lagi apabila perlu berkompromi mengikut selera dan kehendak si pasangan.
Namun harus diingat, pasangan adalah untuk dicintai dan bukannya untuk diarah-arah seperti kanak-kanak. Jangan terlalu mengikut kehendak hati kerana lelaki sebenarnya yang patut memimpin, bukannya anda.
Masalah sukar berkompromi menerima cara hidup orang lain adalah salah satu sebab mengapa wanita berdikari sukar mendapatkan perhatian lelaki. Ingat, walaupun anda bijak dan cekap dalam segala perkara, tak semestinya anda yang perlu tunjuk kuasa melebihi lelaki.
#2 Berlainan Pandangan
Wanita berdikari cenderung untuk merasakan yang dia betul dalam semua perkara dan situasi. Namun, adakalanya mereka ini lemah sebenarnya tetapi terlalu ego untuk menunjukkan sisi kelemahan diri kepada orang lain.
Sedarlah yang anda sebenarnya wanita yang memerlukan sokongan lelaki. Memang tuhan menjadikan wanita itu bersifat ‘lemah’ dan jahil… jadi kenapa perlu malu atau takut berbuat salah?
Tiada manusia yang sempurna.
#3 “Standard” Tinggi
Wanita berdikari memang memiliki standard yang tersendiri.
Sudah menjadi tanggungjawab kita sebagai wanita untuk menjaga maruah diri dan stand up for our self dalam sesetengah perkara. Namun, hal itu akan menghalang lelaki untuk mencapai standard anda apabila anda meletakkan standard yang terlalu tinggi.
Lelaki juga manusia biasa dan mereka pasti ada cacat-celanya. Jangan terlalu meletakkan harapan yang tinggi kepada lelaki kerana tak semua lelaki mampu menepati cita rasa anda secara menyeluruh.
C’mon, give some space to them to show you what they can do.
#4 Kebebasan
This is true! Wanita berdikari lazimnya malas untuk memberi komitmen dalam membina hubungan kerana mereka takut ia akan menyekat kebebasan diri.
Tetapi ketahuilah, mana-mana lelaki yang ikhlas menyukai dan mencintai anda pasti akan menghormati segala keputusan anda dalam mencapai impian dan cita-cita.
Lelaki yang baik tidak akan mengongkong malah akan memahami pasangannya secara adil.
#5 Tradisi
Antara salah satu sebab mengapa perempuan berdikari takut berumah tangga adalah kerana mereka sangka bila sudah berkawhin mereka akan menumpukan sepenuh jiwa dan raga terhadap keluarga semata-mata dan sudah tidak boleh menjadi diri mereka.
Walhal, hidup tak semestinya kena berpegang teguh pada tradisi. Isteri bukan lagi kuli di dapur seperti zaman dahulu kerana suami zaman sekarang perlu peka dengan rutin isteri yang bekerja dan dalam masa yang sama masih memegang peranan sebagai isteri dan ibu. Jadi dalam hal ni, lelaki kena bertindak sama. Bantu isteri untuk kurangkan beban isteri okay?
Apa pendapat korang? ❤