Tips - Percintaan

Kajian Sains Kata 6 Karakter Wanita Ini Dambaan Lelaki

Izzah Azizah
/
Beauty Enthusiast. Instagram: @izzahabaziz
Kajian Sains Kata 6 Karakter Wanita Ini Dambaan Lelaki

Ada wanita pasti tertanya-tanya apakah yang dimahukan seorang lelaki dari mereka. Mestilah ramai diantara kita ingin menjadi dambaan kekasih sendiri. Siapa lagi yang kita mahu dipuji, disayangi, dikagumi kalau bukan suami atau teman lelaki sendiri.

Menurut dari sebuah kajian sains, seorang wanita yang mempunyai ciri-ciri tarikan bukan sahaja menyenangkan hati pasangan malah hubungan cinta itu jadi semakin kuat dan kekal. 

Jadi apakah ciri-ciri wanita yang membuat hati sang lelaki menjadi gembira?

#1 Suka bertengkar

Percaya atau tidak pasangan yang gemar bertengkar mempunyai hubungan yang kukuh. Ini kerana pasangan yang bertengkar lebih banyak meluahkan dan sekaligus dapat memahami isi hati masing-masing. Berlainan dengan pasangan yang banyak memendam perasaa yang akhirnya boleh membawa kepada masalah yang lebih besar.

Foto – Secret From Us

#2 Bijak menggunakan teks mesej

Kalau anda sedang bergaduh atau membincangkan suatu perkara yang penting janganlah menggunakan medium teks pesanan. Berbincanglah secara berhadapan kerana kajian mendapat mereka yang gemar berbincang menggunakan teks mesej tidak akan rasa berpuas hati dalam hubungan. Tapi lain pula dengan ucapkan kata-kata cinta, bila anda menggunakan teks pesanan untuk meluahkan rasa sayang, rindu dan sebagainya ia dapat meningkatkan kualiti hubungan. Jadi pastikan anda tahu bila harus guna teks mesej.

Foto – Dr. Date

#3 Tahu kendali masalah

Wanita ia bijak mengawal keadaan dan masalah yang berlaku antara yang menjadi pujian. Jika suami atau teman lelaki anda membawa 1 unsur negatif berikan kepada mereka 5 unsur positif. Cara sebegini meningkatkan interaksi dalam hubungan.

Foto – Freepik

#4 Jujur

Wanita dengan sikap jujur adalah tunjang utama dalam pencarian lelaki. Sikap jujur dikaitkan dengan feminin, menarik, baik hati dan sempurna. Jauhkan diri anda dari bercakap bohong, jadilah diri sendiri dan jujur.

Foto – Mantelligence

#5 Aura positif

Pasangan yang mempunyai hubungan berkekalan pasangan yang ‘kekal bercinta’. Ciri yang paling penting ialah mempunyai sikap positif. Wanita yang mampu mengeluarkan aura atau sikap positif mampu mengendahkan unsir negatif yang ada dalam hubungan. Mereka lebih menyemarakkan rasa cinta dan mampu membantu dan menerimankelemahan pasangan. Sebab itulah wanita sebegini disayangi.

Foto – CultureHook

#6 Berpelajaran

Wanita berpelajaran dan mempunyai ilmu di dada juga adalah tarikan dan faktor utama hubungan berkekalan. Lelaki lebih tertarik dengan wanita yang bijak dan bijak berkata-kata. Iyalah kalau hanya pandai cakap kosong rasanya siapa sahaja suka. Lelaki atau wanita, ilmu itu wajib ada.

Foto – Freepik

Agaknya korang ada tak ciri-ciri di atas?

Komen Anda