Tips - Kesihatan

Jangan Salah Buat! Ini Cara Sebenar Angkat Barang Berat

Izzah Azizah
/
suka pakai sheet mask and on my way to achieve glass skin. Instagram / Twitter @izzahabaziz
Jangan Salah Buat! Ini Cara Sebenar Angkat Barang Berat

“Muda-muda lagi dah sakit pinggang.”

Betul kan muda-muda lagi dah mula sakit pinggan. Lebih lagi bila baru lepas angkat berat, jaga-jaga bahana angkat barang boleh beri risiko pelbagai masalah sakit tulang belakang dan paling menakutkan ialah slip disc.

Benar, kalau ada barang berat biar lelaki yang angkat tapi cuba bayangkan anda keseorangan? Dan tidak kiralah anda lelaki atau wanita cara untuk mengangkat berat ada aturannya. Cara yang betul boleh mengelakkan anda sakit belakang berpanjangan dan ianya lebih efesien. 

Mari kita sama-sama perbaiki dan mengikut cara yang tepat untuk mengangkat barangan berat.

Lihat video dibawah: 

Sayangi la pinggang kita. Tag kawan yang kerja berat. Yang kerja berat tu kalau nak angkat barang kena cara betul kalau x lama la jasa pnggang kita

Muqotilu AlHubさんの投稿 2017年12月10日日曜日

Jangan: Cara yang paling salah ialah anda mengangkat barang dengan cara membongkok. Tabiat tersebut menyukarkan badan untuk stabil dan menggunakan daya yang tinggi pada bahagian tulang belakang serta pinggang.

Teknik yang betul:

#1 Duduk mencangkung, jarakkan kaki mengikuti jarak bahu, sebelah kaki letakkan sedikit kehadapan. 

#2 Pastikan jarak anda dan barang rapat

#3 Kekal postur badan yang tegak dan angkat barang perlahan-lahan dengan menaikkan lutut dan punggung. Pastikan badan anda tegak bukan membongkok.

#4 Pegang barang rapat dengan badan anda dan separas dengan pusat perut. 

#5 Gunakan cara yang sama untuk letakkan barang. Jangan membongkok!

Foto – Google

Diharapkan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda tidak kira jantina dan umur. Sayangi tulang belakang anda!

RUJUKAN