Love, Bonito yang merupakan label fesyen terulung kelahiran Singapura itu baru-baru ini mengumumkan pembukaan kedai konsep baharu mereka di Sunway Pyramid!
Kedai konsep baharu yang dihembus dengan elemen lebih segar itu adalah untuk melemparkan aura feminin dengan penggunaan rona merah jambu lembut.
Rekaan kedai konsep baharu Love, Bonito turut disisip dengan kemasan ringkas untuk memperlihatkata tata susunan rak yang sofistikated, meliputi kawasan seluas 1,448 kaki persegi.
Dalam masa yang sama, Love, Bonito turut meraikan kelahiran koleksi terkini untuk wanita yang dihasilkan mereka.
Sejak mula dibangunkan menerusi atas talian di Singapura tujuh tahun lalu, jenama fesyen ini dikenali sebagai penggubal trend semasa kerana sering tampil dengan rekaan yang bersahaja; sesuai untuk bentuk badan orang Asia.
Jelas Love, Bonito tujuan utama mereka mencipta jenama pakaian ini adalah demi memperkasa kaum wanita untuk berfesyen secara arif dan cantik di samping menggalakkan keyakinan individu untuk terus berasa selesa dengan diri dan personaliti diri.
Tiga tahun lalu, Love, Bonito buat julung kalinya telah membuka kedai konsep mereka yang pertama di Mid Valley Megamall untuk memberi ruang dan pilihan kepada pembeli yang strategik -tidak hanya tertumpu kepada pembelian menerusi atas talian semata-mata.
Untuk keterangan lanjut, sila klik [www.lovebonito.com] atau lawat laman Facebook Love, Bonito di [www.facebook.com/lovebonito].