Setiap masa dan saat anda ingin tahu pasal si dia, di mana dia berada, dengan siapa, dia curang dengan anda atau tidak, dia dah makan atau belum, kiranya dalam kotak fikiran anda hanyalah SI DIA sahaja.
Sampai anda duduk depan laptop atau komputer periksa Facebook, Twitter, Instagram, Snapchat si dia. Anda tidak dapat berenggang langsung dengan si dia.
Sah… Anda obses dengan teman lelaki anda. Nak tahu antara tanda-tanda seseorang itu obses, teruskan bacaan.
1. Anda hantar mesej kepada teman lelaki hampir setiap hari, anda langsung tidak berenggang dengan telefon bimbit. Dan anda lakukan perkara yang sama setiap hari.
2. Anda memeriksa Facebook anda setiap lima minit untuk mengetahui update terkini dari dia. Anda periksa kesemua laman sosial miliknya.
3. Anda suka segala-galanya diberikan si dia di Facebook dan meninggalkan respon romantis untuk setiap masa.
4. Anda ‘merancang’ untuk bertemu dengannya secara ‘kebetulan’.
5. Anda sentiasa menanti panggilan telefon darinya.
6. Skrin mudah alih anda mempunyai gambar si dia. Sama halnya dengan komputer riba / PC anda.
7. Anda suka apa yang dia suka dan anda benci apa yang dia benci.
8. Anda cuba untuk menjadi kawan kepada kawan-kawannya supaya anda boleh mendapatkan dan mengetahui maklumat lebih lanjut tentang si dia. Anda sering berhubung dengan kawannya jika terdapat sesuatu yang memusykilkan.
9. Anda sanggup tinggalkan kerja semata-mata ingin ikut si dia ke mana saja.
10. Anda sering berangan tentang perkahwinan anda dengan si dia.
11. Anda cemburu setiap kali ada perempuan melihatnya. Anda tidak mahu dia bercakap dengan mana-mana wanita yang tidak berkaitan dengannya. Anda tidak boleh bertolak ansur dengan rakan-rakan wanitanya.
12. Anda tidak keberatan berpura-pura sakit atau cedera hanya untuk menarik perhatian si dia.
13. Anda sanggup mencuci pakaian untuknya, membersihkan rumahnya atau lakukan segala perkara untuknya demi mendapat perhatian yang lebih.
14. Anda dalam diam memeriksa kalendar atau diari kerjanya untuk tahu jadual hariannya.
15. Anda menghabiskan berjam-jam di dapur memasak makanan kegemarannya.
16. Anda memakai warna yang dia suka. Anda berpakaian seperti cara yang dia mahu.
17. Anda telah menampal semua gambar si dia di seluruh ruang bilik tidur anda.
18. Dia sentiasa hadir dalam pemikiran dan perbualan anda. Anda tidak boleh bayangkan hidup tanpa dia.
Parahnya penyakit obses ni.. Bawa bertenang tau semua!