Sehari tak selfie rasa tak lengkap!
Instagram, Facebook, semuanya dipenuhi dengan koleksi foto dan berita gembira tentang kehidupan anda. Ini cara untuk terus berhubung, terutamanya dengan keluarga dan sahabat handai yang tinggal jauh.
Betul juga, pasti keluarga mahupun sahabat ingin mengetahui perkembangan terkini anda, kalau yang dah berkeluarga, mungkin mereka ingin melihat selfie anda bersama si kecil, selfie sedang memasak juadah kegemaran, alang-alang boleh minta resepi sekali.
Sebenarnya banyak sebab anda selfie bukan untuk pamer kecantikan diri sahaja. Tapi siapa sangka di sebalik selfie anda itu, ada beberapa perkara yang tidak disenangi kaum lelaki malah mereka mahu anda mengelak daripada melakukannya.
Bila update kapsyen ‘menghina’ diri sendiri atau rendah diri
Suami, tunang dan teman lelaki anda punyalah cinta mati dan sayang pada anda, jadi pasti dia sedih melihat anda update kapsyen berbaur merendah diri atau nampak seakan-akan menghina ‘kecacatan’ yang ada pada diri.
- Foto – Arab News
Jika anda punya masalah tahap keyakinan yang rendah, ceritalah pada si dia. Dia akan berada di samping dan sentiasa mengingatkan anda betapa istimewanya diri anda, tanpa perlu ke media sosial untuk pengesahan rakan-rakan, yang kita sendiri tidak tahu sama ada mereka ikhlas atau tidak.
Mekap mengalahkan artis
Selagi tak pakai mekap, anda tak nak selfie. Ya, lelaki suka apabila anda mengenakan mekap untuk menyerlahkan penampilan diri agar tampak menarik dan menawan, tetapi jangan sesekali takut memakai mekap yang sedikit atau langsung tidak memakainya.
- Foto – Harper Bazaar
Percayalah, lelaki yang sebenar-benarnya mencintai anda akan menerima anda seadanya sama ada anda berdandan sakan atau ala kadar sahaja. Sekali sekala cuba biarkan wajah bernafas barulah kulit sihat dan glowing macam awek Korea.
Bila selfie tanpa henti
Post selfie yang banyak bermakna anda seorang yang yakin dan itu hebat. Lelaki suka wanita yang yakin. Tetapi kalau terlalu banyak selfie itu bermakna anda tersangatlah self-centered. Dan sikap itu boleh membuatkan lelaki turn off melihat anda.
- Foto – Instagram
Dalam satu kajian dalam talian, bila ditanya perihal wanita yang tidak disukai lelaki, tanpa tunggu lama lelaki menjawab, “selfie tidak berkesudahan di media sosial.”
Lelaki suka bila anda mempamerkan senyuman manis bila selfie tetapi kalau untuk satu selfie sahaja tetapi berlainan sudut asyik dikongsi, siapa yang tak jemu. Nanti tak pasal-pasal kesayangan anda gelarkan anda obses pada diri sendiri.
Minta pujian
Lelaki tak mengharapkan kesayangan mereka bergantung pada orang lain untuk pujian. Dia mahu pasangannya tahu betapa istimewanya dia tanpa pengesahan luar. Sudah tentu dia senang hati memberi pujian kepadanya dan si kaum hawa juga gembira mendengarnya.
- Foto -The Odyssey Online
Tetapi bila kerap sangat selfie dengan kapsyen merendah diri untuk mendapatkan pujian orang lain, itu mengada-ngada namanya.
Dalam satu bancian dalam talian, bila ditanya wanita di media sosial yang tidak disukai lelaki, lelaki mengakui mereka tidak suka apabila wanita memancing untuk pujian setiap kali muat naik selfie.
Pujian di sini membawa maksud, anda berkongsi selfie #Iwokeuplikethis dengan muka berminyak, rambut serabai dan tanpa sebarang solekan semata-mata untuk mengharapkan komen daripada rakan taulan, yang berbunyi seperti “bangun tidur pun muka cantik”, “untunglah muka cantik” dan sebagainya.
Seksi
Rasanya bukan teman lelaki, tunang dan suami sahaja tak suka malah sahabat dan keluarga juga kurang menggemari tabiat bergambar seksi ini. Lelaki tidak mahu seluruh dunia melihat pasangan mereka bergambar seksi untuk tontonan awam.
- Foto – Instagram
Ia tidak semestinya mempunyai kaitan dengan isu cemburu tetapi mereka berharap pasangan menghormati tubuh badan sendiri dengan tidak menayangkan di media sosial.
Tak salah selfie tapi kalau menyimpang dari tujuan asal, apatah lagi sampai pasangan korang meluat, baik kurangkan.
Mungkin ada yang tidak senang dengan huraian di atas kerana tiada kebebasan untuk wanita tapi ingat kita duduk di Malaysia, ada adab dan batas yang perlu dijaga.
Selamat Beramal!