Seingat penulis, trend inai putih ini mula mendapat perhatian sewaktu pelakon jelita Maria Farida berkahwin dengan seorang jejaka berpangkat Datuk iaitu Datuk Rahman sekitar 2015 dahulu.
Beliaulah yang membuat ramai wanita ternganga dengan kecantikan lukisan inai berwarna putih yang membaluti tangannya waktu itu.
Corak yang biasanya digunakan dalam proses melukis inai putih ini adalah sama dengan corak yang digunakan untuk melukis inai merah, cuma pes inai yang digunakan itu adalah sebenarnya cat atau pewarna badan rona putih dan bukannya campuran pewarna yang diekstrak dariapda daun inai.
15 Corak Inai Putih Indah Untuk Pengantin Cuba
#1 Sarat di bahagian tangan namun ringkas di jari.
#2 Corak moden ala bohemian untuk pengantin yang berani lari daripada tradisi.
#3 Manisnya corak ni! Seolah diinpirasikan daripada renda, ia kemudian dicantikan lagi dengan batu permata jernih.
#4 Ilham corak inai sebegini banyak digayakan pengantin India. Sesuai bagi sesiapa yang gemarkan gaya ala Bollywood.
#5 Jika busana pengantin terlalu simple, bolehlah bergaya sakan dengan lukisan inai sarat sebegini agar penampilan nampak seimbang. Siap ada hiasan bunga timbul lagi you all!
#6 Asyik main motif kerawang bunga je, apa kata buat motif daun menjalar ni…
#7 Comelnya! Kalau penulis jadi pengantin, penulis nak pakai corak macam ni.
#8 Sedikit sarat di bahagian jari tetapi masih cantik untuk menapak di tangan anda yang putih melepak tu… 🙂
#9 Menonjol betul bila guna corak yang sekelompok macam ni. Nampak kemas juga!
#10 Corak inai yang halus dan rapat-rapat sebegini kelihatan lebih mewah. Lebih-lebih lagi apabila kuku dihias dengan french manicure.
#11 Alang-alang dah buat inai putih, warnakan sekali kuku dengan warna yang senada.
#12 Amboi… meriah betul corak inai yang ini. But looks perfect!
#13 Contoh inai putih yang turut dilukis pada bahagian kaki pengantin.
#14 Jika mahu, boleh juga kombinasikan penggunaan inai putih dan inai merah. Pakai inai merah pada bahagian kuku seperti dalam gambar ni!
#15 Mungkin boleh request artis henna korang untuk tambah warna dengan penambahan glitters agar mengikut tema resepsi korang.
Untuk pengetahuan bakal pengantin sekalian, biarpun ia kelihatan cantik tetapi ada empat perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum mengenakan inai putih ini antaranya:-
#1 Hanya Tahan 2 Hingga 6 Jam!
Ha, sebab itu inai putih akan dilukiskan pada tangan pengantin sewaktu si pengantin sedang bersiap-siap dan disolekan. Ini kerana durasi ketahanan inai putih adalah hanya sekitar dua hingga enam jam sahaja. Anyway, it’s just a body paint. Remember?
Dalam masa yang sama, ia juga tidak boleh terkena air untuk tempoh masa yang lama. Sebaik terkena air dan digosok, ia akan rosak dan terhapus. Alahai… (melainkan kalau cat putih itu jenis kalis air).
#2 Mudah Retak & Rosak
Memang ada jenis inai putih yang kalis air tetapi ia tetap tidak boleh bertahan lama kerana sifat cat yang sudah kering dan menegang di permukaan kulit akan retak dan terkoyak, lebih-lebih lagi jika si pemakai itu banyak bergerak.
Ada juga kes apabila inai putih yang digunakan itu tidak berkualiti, ianya boleh mengelupas tanpa disedari. Nanti bila tengah sibuk-sibuk salam tetamu, habislah corak inai anda kalau tak dijaga rapi.
#3 Tidak Sah Dibawa Solat
Melihatkan ini adalah cat badan dan bukannya inai, cat yang melekat pada kulit pasti akan menghalang air untuk tembus dan membasahi bahagian permukaan kulit. Oleh itu apabila air wuduk tidak sampai ke permukaan kulit, secara tidak langsung ‘inai’ putih ini tidak sah untuk dibawa bersolat.
Jadi kalau difikir-fikirkan, sayang betul apabila sudah membayar mahal upah untuk dilukiskan inai putih cantik-cantik tetapi harus dibersihkan rapi apabila hendak solat kemudian. Membazir kan?
#4 Memeritkan Bagi Tangan Yang Lebat Berbulu
Hati-hati kalau anda jenis yang banyak bulu roma di tangan, pemakaian inai putih ini akan memeritkan lebih-lebih lagi ketika hendak mencucinya nanti. Bayangkan apabila cat melekat dan mengeras dikulit yang berbulu, pasti sakit apabila hendak menenyeh dan menghilangkannya.
Solusinya adalah, anda boleh cuba rendamkan tangan yang berinai itu di dalam air sabun selama 3 hingga 5 minit sebelum menggosoknya secara perlahan. Jika masih terasa perit, boleh tuangkan sabun terus ke atas permukaan tangan berinai putih itu. Gosok dan basuh sehingga semuanya hilang okay?
Paling tidak, kalau korang jenis yang berkulit sensitif; alah pada cat (campuran inai putih) tapi masih teringin merasa pakai white henna… boleh cuba gayakan renda putih sambil ia diikat dengan riben ke pergelangan tangan dan jari. Kreatif!
Selamat pengantin baru! ❤