Keibubapaan

Kanak-Kanak Kesayangan Korang “Song Triplets” Dah Besar Panjang La…

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Kanak-Kanak Kesayangan Korang “Song Triplets” Dah Besar Panjang La…

Jika anda merupakan penonton setia program The Return of Superman, pasti anda mengenali 3 kanak-kanak lelaki yang boleh dikira paling popular, bukan sahaja di Korea Selatan malah serata dunia suka melihat gelagat mereka.

IKLAN

Semalam, bapa kepada Song Triples – Daehan, Minguk dan Manse, Song Il Gook memuat naik foto ketiga anak lelaki yang semakin membesar.

Kembar tiga itu dilihat pose ketika sedang mandi bersama dalam satu bathtub. Berserta dengan kapsyen yang cukup sweet, Song Il Gook menulis, “Walaupun sukar untuk mandi bersama sekarang, mereka sudah cukup besar, Daehan, Minguk, Manse tidak ‘berperang’ dan tetap bersama dengan baik! Tolong teruskan hubungan saudara yang baik di masa depan.”

Menggamit memori lama, pelakon itu turut berkongsi video Song Triplets tiga tahun lalu menikmati masa mandi bersama-sama, berserta kapsyen,” Masa untuk melihat video lama! Kekeke (Mac 2014). Tidakkah mereka sudah membesar?”

이쯤에서 다시 보는 추억의 야동(?) 영상! ㅋㅋㅋ (2014년 3월) 많이 컸죠?

IKLAN

A post shared by 1958 (@songilkook) on

Siapa yang follow The Return of Superman, mesti terharu melihat perkembangan mereka. Ya dah besar, dah tinggi.

Kini, dilaporkan mereka sudah pun berusia 7 tahun.