IPC Shopping Centre mengumumkan penjenamaan semula pusat membeli belah yang baru sahaja selesai dinaik taraf sepenuhnya itu. Pembangunan semula pusat membeli belah ini dapat dilihat pada ruang fizikal dan jenama keseluruhannya yang direka bentuk bagi mewujudkan suasana membeli belah yang lebih ceria, berinspirasi dan menggembirakan untuk semua pengunjung.
Bila dah baru, pasti pengunjung ingin tahu kemudahan di sini?
Pengunjung kini boleh memilih untuk membeli belah atau menjamu selera di antara 145 kedai yang ada. Ini termasuk kedai-kedai gaya hidup, fesyen serta kecantikan dan kedai-kedai makanan dan minuman berkonsep terkini yang serba baru dan diperluaskan.
Pusat membeli belah ini menyaksikan 46% daripada penyewa asal kembali berniaga di sini seperti Harvey Norman, Popular Bookstore, Padini, Brands Outlet, Spotlight dan Ace Hardware. Penyewa baru termasuklah Ben’s Independent Grocer (B.I.G.), Family Mart, IKEA Café, Watsons, Cotton On, LC Waikiki dan juga kedai utama Skechers yang terbesar di Asia Tengara.
Untuk makanan dan minuman pula, IPC Shopping Centre kini menawarkan lebih banyak pilihan untuk pengunjung menjamu selera. Pengunjung boleh memilih sama ada menikmati makanan di tempat makan alfresco atau di ‘Foodland’, medan seleranya yang telah dinaik taraf.
Antara restoran yang baru termasuklah Hana Japanese Dining, Paradise Dynasty, Suki-Ya, Ichiban Ramen dan Magnum Café. Para pengunjung juga pasti akan teruja melihat kepulangan restoran tempatan kegemaran mereka seperti Kluang Station, Uncle Lim, Absolute Thai, Noodle Shack, Nando’s, Starbucks dan Dome.
IPC juga memperkenal konsep ‘So Much More’ yang membawa maksud ia bukan sekadar destinasi membeli belah malah sebaliknya ia menawarkan suatu pengalaman yang lebih daripada itu.
Jom sama-sama kita ke sana!