Sudah lama kita semua tidak mendengar nama Preity Zinta dan melihat beliau beraksi di layar perak.
Aktres yang terkenal dengan filem Chori Chori Chupke Chupke lakonan bersama Salman Khan dan Rani Mukherjee kini ternyata lebih banyak mendiamkan diri dan dikatakan menghabiskan masa bersama keluarga.
Kisah kehidupan peribadi beliau tidak didedahkan seperti mana selebriti Bollywood yang lain, mungkin Preity lebih selesa untuk hidup merendah diri.
Pada 31 Januari lalu, si cantik manis berlesung pipit ini telah menyambut ulang tahun kelahiran yang ke 43! Apa yang lebih menarik, beliau sedang sibuk berada di Los Angeles bersama suami tercinta yang dikenali sebagai Gene Goodenough. Lelaki kacak asal Amerika Syarikat itu telah menjadi suami kepada Preity pada 28 Februari 2016.
Memang agak jarang Preity berkongsi gambar beliau bersama suami tapi di hari istimewa tersebut beliau tidak ragu-ragu untuk memperkenalkan suaminya di laman sosial.
Dalam diam Preity dapat mat salleh rupanya! Buat anda yang rindu dengan Preity Zinta bolehlah follow beliau di akaun Instagram @realpz.