Tips - Percintaan

Alahai Bosannya, Cara Nak Hindari ‘Suasana Senyap’ Ketika Keluar Temu Janji

Malisa Aina
/
Seorang individu yang sukakan spotify, netflix, sneakers, dan gincu.
Alahai Bosannya, Cara Nak Hindari ‘Suasana Senyap’ Ketika Keluar Temu Janji

Pernah tak anda berdepan dengan situasi di mana tiba-tiba rasa senyap dan sunyi ketika dating?

Seperti tiada satu perkataan yang keluar bila temu janji, dua-dua hanya mampu diam membisu tanpa bunyi, moment ‘krik-krik’ mula berlaku. Mungkin si dia kelu lidah untuk berkata ataupun bosan.

Bila perkara sebegini terjadi, apa yang perlu dilakukan. Takkan salah seorang tidak mahu mulakan langkah.

Foto – lockerdome.com

Nah, Wanista ada cara…

Mengambil bahagian dalam aktiviti/permainan

Bila kedua-dua mendiamkan diri tanpa sebarang bunyi, apa kata ada cadangkan satu permainan ataupun aktiviti untuk tutup perasaan bosan. Mungkin anda boleh cuba permainan scrabble, uno, saidina atau banyak lagi permainan lain, atau mungkin juga boleh cuba playsation. Bila anda lakukan aktiviti sekurang-kurangnya anda dapat isi masa tersebut mengenali satu sama lain di samping menghindari suasana ‘sunyi’.

Sense of humour itu penting
Foto – Buzzfeed

Cuba buat lawak mesti salah seorang akan ketawa. Selalunya cara ini berkesan. Tapi janganlah buat lawak tentang perkara yang merepek atau tak masuk dek akal nanti si dia pandang pelik ke arah anda. Tapi tiba-tiba ketawa maka lawak anda mampu mencuit hati si dia. Tahniah! anda berjaya!

Menemubual antara satu sama lain

Inilah masa yang baik untuk anda kenali is hati pasangan anda. Gunakan masa yang ada untuk korek hal peribadinya, ketahui perihalnya. Cuba berkongsi cerita satu sama lain. Apa yang dia suka dan tidak suka, inilah masanya. Gunakan sebaik mungkin!

Jadi pendengar yang aktif
Foto – A Mindful Emergence

Bila si dia sedang bicara akan sesuatu, cuba dengar dengan teliti, jika ada penambahan bicarakan dengan baik dan pastikan bertepatan dengan apa yang dikatakan pasangan anda. Jangan tiba-tiba anda menyampuk tetapi topik tidak ada kena mengena. Nanti, si dia fed up dengan anda.

Foto – Tumblr

Mudahkan? Semoga Gembira Selalu!

BACA  Perubahan Yang Wanita Alami Selepas Berumah Tangga