Review - Kecantikan

Gincu Matte Baharu Maybelline Tahan Lama? Baca Review Wanista Dulu

Izzah Azizah
/
suka pakai sheet mask and on my way to achieve glass skin. Instagram / Twitter @izzahabaziz
Gincu Matte Baharu Maybelline Tahan Lama? Baca Review Wanista Dulu

Peminat gincu matte pasti menjerit gembira bila dapat tahu Maybelline kini mengeluarkan 60 rona untuk The Creamy Mattes by Color Sensational! Tak kira dari pilihan nudes, merah, merah jambu, coklat, ungu dan rona gelap semuanya ada.

Baru-baru ini penulis sempat menghadiri pelancaran The Creamy Mattes by Color Sensational dan pada masa yang sama pelakon dan pengacara Elfira Loy turut bersama dalam majlis kerana beliau bakal berkolaborasi bersama Maybelline untuk siaran media digital. Lepas ini memang banyaklah dapat tengok El bermain dengan produk Maybelline. 

Foto – arkib Wanista.com

Di kesempatan itu, penulis sempat bertanyakan kepada El tentang warna rona yang menjadi kegemaran beliau. Iaitu dari warna Chili Nudes, Smitten dan Lust for Blush

Gincu jenis matte menjadi pilihan ramai kerana konsistensi produk yang tahan lebih lama. Penulis juga sangat teruja untuk mencuba 4 warna pilihan dari Ravishing RoseTouch of SpiceRich Ruby dan Burgundy Blush. Lihat swatches yang penulis buat, kod warna yang berjaya mendapat hati penulis ialah Touch of Spice dan Burgundy Blush! 

#1 The Creamy Mattes by Color Sensational/Ravishing Rose

Ravishing Rose/670. Foto – arkib Wanista.com

#2 The Creamy Mattes by Color Sensational/Touch of Spice

Touch of Spice/660. Foto – arkib Wanista.com

#3 The Creamy Mattes by Color Sensational/Rich Ruby

Rich Ruby/691. Foto – arkib Wanista.com

#4 The Creamy Mattes by Color Sensational/Burgundy Blush

Burgundy Blush/696. Foto – arkib Wanista.com

Mudah dipakai

Hujung gincu yang tajam memang mudah untuk diaplikasi pada bibir terutamanya cupid bow. Malah tekstur yang creamy lagi memudahkan dengan hanya satu calitan sahaja. Kebanyakan formula matte membuat bibir menjadi kering tapi dengan tekstur krim jangan khuatirlah tentang bibir kering.

Tahan lama?

Sama seperti gincu matte yang lain, bila anda makan dan minum ya ia akan tertanggal tapi bukan kesemuanya. Anda hanya perlu tambah sedikit untuk kembali berseri. Warna dari gincu ini sangat pigmen dan pekat, mereka yang suka tampil bibir natural, nasihat penulis anda kena gunakan berus bibir untuk calitan sedikit demi sedikit.

Berpatutan

Inilah gincu matte yang paling berpatutan dan fomulanya setanding dengan produk high-end. Rasanya dengan RM27 anda boleh mengumpul 60 batang gincu ini. Bukan apa kadang-kadang gincu matte mahal sekalipun akan tertanggal warna. Jadilah pengguna yang bijak!

Foto – arkib Wanista.com

Kelebihan 60 Warna?

Menariknya dengan 60 The Creamy Mattes by Color Sensational anda boleh pilih warna yang sesuai mengikut tona kulit anda. Tidak semua warna gincu ‘kena’ dengan warna kulit, jadi dengan pilihan yang banyak ini anda boleh cari warna undertones gincu yang boleh menyerlahkan warna kulit sebenar. Bravo Maybelline!

Secara keseluruhnya,

penulis sangat berpuas hati dan ‘tak marah’ dengan fomula, harga, pilihan warna yang dibawa keluar oleh Maybelline kali ini. Penulis dapat rasakan The Creamy Mattes by Color Sensational akan jadi hit dan ya ia mampu milik, sesiapa sahaja tak kira warna kulit boleh rock on dengan gincu matte. 

 

Foto – arkib Wanista.com 

BONUS! 2 Produk Baharu Maybelline Bakal Masuk Malaysia iaitu Master Fix by Face Studio Setting Spray dan Master Camouflage Concealer. Kalau nak Wanista review komen ‘nak’ dibawah!

Foto – arkib Wanista.com

p/s – pening pilih nak warna apa sebab semua cantik!