Tips - Percintaan

Ini Cara Baik Untuk Beri Nasihat Pada Pasangan Anda

Izzah Azizah
/
suka pakai sheet mask and on my way to achieve glass skin. Instagram / Twitter @izzahabaziz
Ini Cara Baik Untuk Beri Nasihat Pada Pasangan Anda

Kita mahukan yang terbaik dari pasangan kita bukan?

Salah satunya dengan menasihati satu sama lain kerana ia juga cara untuk kita melengkapi kekurangan yang ada pada diri. Namun setiap teguran mempunyai cara tersendiri, bukan setiap hati mampu menerima adakalanya kita tak tahu ia boleh mengguris perasaan.

Buat anda yang ingin menjadi pasangan yang terbaik, belajarlah cara untuk menghantar nasihat dan teguran yang baik. Kerana..dari yang positif pasti diterima dengan positif.

#1 Pilih masa yang sesuai

Jika ia melibatkan suatu yang penting sekalipun bertanyalah kepada pasangan adakah dia sedang sibuk atau tidak. Janganlah ketika mood holiday atau baru sahaja dia masuk ke dalam bilik anda terus terjah dengan pelbagai syahrahan. Tiada angin, tiada ribut tiba-tiba mahu jadi pakar motivasi.

Foto – The Cheat Sheet

#2 Gunakan komunikasi

Jangan sesekali guna medium media sosial atau dalam talian untuk berbicara. Bertemulah dengan dua mata dan berinteraksi secara realiti. Supaya penyampaiannya lebih jelas dan tidak terjadi salah faham pihak sebelah sana.

Foto – Yoga Journal

#3 Secara privasi

Ini pendapat peribadi penulis. Seeloknya janganlah share post dan tag nama pasangan tentang sesuatu perkara yang boleh beri aib tanpa kita sedar. Lebih baik ada copy link dan hantar kepada si dia dengan ayat lembut hati “Saya mahu kamu baca ini, ianya bahan bacaan yang baik untuk memperbaiki diri kita” dan selainnya. Jadilah bijak.

Foto – Google

#4 Selitkan kebaikan

Mainkan kata-kata anda dengan sedikit kata-kata motivasi dan kebaikan disebalik teguran. Sebab itu lah penting komunikasi lisan. Khas untuk kaum lelaki sewajarnya anda sedar wanita tidak boleh dari emosi, pastikan anda aturkan kata-kata yang baik dan bukannya menyerang.

Foto – Okey Wedding

#5 Cara menerima

Bagi anda yang menerima nasihat, walaubagaimanapun hormatilah dia yang memberi. Mungkin teguran itu menyakitkan atau tidak membantu tapi cukuplah dengan mendengarnya. Jika anda rasa anda tidak perlukan nasihat itu, jangan ikut atau hanya boleh ambil ia sebagai informasi. Tak perlu rasanya hendak ganti dengan marah-marah, diam sudahlah kalau tidak suka.

Foto – WandM

Setiap perbincangan jangan hanya fokus kepada masalah, sediakanlah solusi. Beri nasihat yang tidak menghentam pasangan. Paling pendekatanya, pilih cara yang pasangan boleh terima sekaligus menghormati anda.Ā 

RUJUKAN