Orang tua-tua ada cakap, kalau mata sebelah kiri bergerak-gerak atau menguit, itu tandanya orang tersebut bakal mendapat berita buruk dan akan menangis manakala, kalau mata kanan yang bergerak, itu bermaksud ada berita baik yang bakal didengar atau mungkin juga akan bertemu orang jauh.
Walau bagaimanapun, kita sebagai seorang Muslim sangat ditegah untuk mempercayai perkara karut kerana takut membawa diri kepada jalan syirik dan hukum mempercayai ramalan atau nasib dengan cara sebegitu adalah haram dan berdosa.
Untuk pengetahuan semua, gejala mata menguit atau bergerak-gerak dengan sendirinya itu sebenarnya menyumbang impak negatif terhadap si penghidapnya. Bahkan, ada individu yang diserang tekanan emosi serta tidak dapat tidur lena pada waktu malam gara-gara permasalahan ini.
Meskipun sering berlaku dalam kalangan masyarakat dunia tanpa mengira umur, masih ramai tidak tahu akan punca sebenar gejala ini. Apakah ia ada kaitan dengan masalah kesihatan mata yang serius?
Penjelasan Pakar Tentang Masalah Mata Menguit
Masalah mata menguit ini bukanlah penyakit mata yang serius. Biarpun ia akan menguit berulang kali dan menyebabkan diri tidka selesa, ia adalah tindak balas pergerakkan otot yang tidak dapat dikawal.
Lazimnya ia terjadi pada bahagian kelopak mata atas tetapi ia boleh juga berlaku terhadap kelopak mata yang bawah. Namun rasanya tidak memedihkan atau memeritkan, cuma sedikit mengganggu.
Pergerakan otot tersebut akan berlaku dalam masa sekitar beberapa saat hingga dua minit dan mungkin berlarutan beberapa hari.
Adalah penting untuk seseorang yang menghidap masalah ini lekas berjumpa doktor jika ia keterlaluan kerana itu mungkin merupakan petanda kepada gangguan pergerakan kronik yang memudaratkan.
Punca Masalah Mata Menguit
Apabila melihat balik kepada sejarah pesakit yang terdahulu, masalah mata menguit disebabkan beberapa punca:-
- Pengambilan kafein dan alkohol terlalu banyak sehingga menyebabkan keadaan tubuh kering… lalu menjadikan otot kekejangan dan menguit.
- Radang pada mata disebabkan alah boleh mempengaruhi mata untuk menguit.
- Kekeringan bebola mata menjadi punca iritasi yang turut menyumbang kepada permasalah mata menguit.
- Kekurangan tidur menyebabkan keadaan dan fungsi mata jadi lemah/letih, lalu menyebabkan mata menguit.
- Merenung komputer atau peranti terlalu lama bisa menjadikan otot di keliling kawasan mata jadi terlampu penat sehingga menjadi punca kepada masalah mata menguit.
- Pengambilan sesetengah ubat-ubatan turut boleh menyebabkan mata menguit.
- Tertekan
Komplikasi Lain Yang Berkait Dengan Mata Menguit?
Jarang sekali berlaku, tetapi kadang-kala mata menguit boleh dijadikan petanda untuk penyakit yang berkait dengan masalah saraf atau otak termasuklah:-
- Parkinson (penyakit saraf yang menyebabkan beberapa bahagian tubuh menggeletar, menjadi tidak stabil, sukar untuk bercakap dan apabila usia si penghidap semakin bertambah lalu kekurangan dopamin, ia kemudian mungkin menyebabkan tumor, strok, gangguan kelancaran pembuluh darah serta trauma.)
- Sindrom Tourette (pesakit cenderung melakukan sesuatu pergerakan atau perbuatan berulang kali tanpa sedar dan ianya berada di luar kawalan.)
- Dystonia Serviks akan menyebabkan leher kejang secara tiba-tiba seterusnnya kepala akan terpusing pada posisi yang tidak menyelesakan.
- Dystonia akan menyebbakan kekejangan otot pada bahagian tubuh.
- Palsi Wajah (Bell’s Palsy) adalah sejenis penyakit yang akan mempengaruhi wajah untuk berubah bentuk.
- Multiple Sclerosis adalah penyakit yang berkaitan dengan sistem saraf utama lalu menyebabkan permasalahan kognitif dan pergerakan, seterusnya keletihan.
BACA: Telinga Berdesing Tandanya Dah Tiba Masa Untuk…
Lain kali jika mata menguit lagi, boleh cuba legakan ketidakselesaan itu dengan membuat urutan ringan ini ke atas beberapa bahagian mata okay?
Selamat beramal! ❤️