Siapa antara pembaca Wanista merupakan penonton setia K-Drama?
Anda tahu drama “Fight My Way” lakonan Park Seo Joon dan Kim Ji Won? Drama yang menyaksikan Park Seo Joon terlibat dalam dunia seni mempertahankan diri. Tahu bagaimana pihak produksi mendapat inspirasi menghasilkan drama dengan jalan cerita yang cukup menyentuh hati itu?
Lim Sang Chun, penulis Fight My Way mendedahkan bahawa atlet MMA Choo Sung Hoon dan isterinya model Yano Shiho memberi inspirasi kepadanya untuk menulis siri ini.
Dia menjelaskan bahawa dia sedih setiap kali melihat Yano Shiho menitiskan air mata ketika melihat Choo Sung Hoon beraksi dengan perlawanan MMA, seperti yang dipaparkan dalam program Return of Superman. Dia menyedari bahawa Choo Sung Hoon juga mempunyai keluarga dan anak perempuan tunggal, Sarang, dan personalitinya tidaklah “dingin” seperti yang masyarakat sangkakan.
Untuk membuang salah faham ini, Lim Sang Chun bertindak menulis siri ini untuk menunjukkan bahawa pejuang-pejuang seni mempertahankan diri tidaklah seperti yang difikirkan malah ada personaliti mereka yang periang dan ceria, cuma bila di gelanggang mereka perlu fokus dan tegap berhadapan dengan pihak lawan.
Oh begitu ke? Tapi drama Fight My Way ini memang best dan lain dari yang lain…