Rasa sunyi dan keseorang bukan perkara yang normal kerana dari ia boleh membawa kepada masalah kemurungan.
Benar tidak mudah untuk bergaul dan menjadi mesra lebih-lebih lagi pada mereka yang introvert tapi extrovert juga menghadapi keraguan yang sama kerana ada diantara mereka merasa tidak ada yang ikhlas bersama mereka. Jika anda sentiasa terasa tiada siapa untuk anda bawa berbincang dan mudah overthinking, jaga-jaga jangan tunggu ia boleh merosakkan mental dan kesihatan dalaman anda. Ingatlah kita ada yang SATU untuk dirujuk dan berusahalah untu kembalikan semangat hidup.
Kurangkan sosial media
Penulis tidak minta untuk anda stop menggunakan sosial media kerana rata-ratanya menggunakan ia sebagai medium mencari sumber namun kurangkanlah. Hasil kajian mendapati antara punca timbul rasa kesunyian ialah dari media sosial. Ini kerana interaksi melalui atas talian membuatkan anda lebih rasa sunyi tanpa sentuhan dan emosi yang sebenar. Nasihat penulis, rajinkan diri untuk keluar, bertegur sapa dan berkomunikasi secara amali dengan kenalan baru atau kawan-kawan. Tidak perlu ramai, carilah kelompok rakan yang berkualiti.
Kebahagiaan pada insan
Tanpa kita sedar, ramai yang menganggap kebahagian buat mereka ialah apabila dapat melakukan hobi, membeli-belah atau apa sahaja misi yang ingin dicapai. Semakin ramai lupa silaturahim dengan keluarga, sahabat, insan tersayang malah orang sekeliling adalah kebahagiaan paling hebat. Individu yang suka berkomunikasi dan mempunyai banyak tali persahabatan kurang berasa sedih, sunyi, lebih berkeyakinan dan tidak mempunyai sebarang masalah tidur atau pemakanan.