Kotaraya Kuala Lumpur sentiasa tampak megah lebih lagi pada waktu malam. Cahaya lampu dari dua menara iaitu Menara Kuala Lumpur dan Menara Berkembar Petronas sememangnya menakjubkan dari sudut mana pun apabila dilihat.
Pastinya ramai pelancong tidak kira luar atau dalam mahu menatap cahaya Kuala Lumpur dan adakalanya mereka sanggup menghabis masa malam semata-mata untuk menikmati pemandangan yang seolah negara di planet asing dan juga beri aura romantik.
Buat anda yang ingin menikmati pemandangan cahaya Kuala Lumpur lebih fenomena. Ikuti spot terbaik yang Wanista senaraikan ini.
#1 Heli Lounge Bar
Dahulunya tempat mendarat helikopter kini dibuka sebagai kawasan santai untuk orang awam! Rasai malam urban Kuala Lumpur dari tingkat tertinggi dengan persembahan DJ dan muzik secara langsung.
Lokasi: Bukit Bintang 34th Floor, Menara KH, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur
#2 SkyBar, Traders Kuala Lumpur
Anda sukakan tempat lepak mewah, kolam renang dan menawarkan minuman cocktail? Inilah lokasinya bukan sahaja memberi pandangan luar yang hebat malam hiasan dalaman bar ini juga tersergam indah.
Lokasi: Kuala Lumpur Convention Centre, Stall 7, Jalan Pinang, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur
#3 Menara Kuala Lumpur
Inilah peluang anda untuk melihat pemandangan dari menara ketujuh tertinggi di dunia! Anda boleh menijau sekeliling bandar Kuala Lumpur dari Sky Deck atau cabar diri anda untuk merasa gayat dalam Sky Box.
Lokasi: Jalan P Ramlee, Kuala Lumpur, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
#4 Fuego at Troika Sky Dining
Menu menarik dan pemandangan atas Kuala Lumpur yang mengagumkan. Jika anda inginkan makan malam yang santai bersama teman atau insan tersayang. Fuego at Sky Dining lokasi yang boleh dijadikan pilihan, gambar makan malam cantik dengan latar belakang Menara Berkembar Kuala Lumpur.
Lokasi: Level 23A, Tower B, The Troika,, 19 Persiaran KLCC, 50450 Kuala Lumpur
#5 Grand Hyatt Kuala Lumpur
Hotel Grand Hyatt boleh menayangkan pemandangan luas kotaraya Kuala Lumpur hanya dari jendela kamar hotel sahaja. Kalau anda mahu pagi dan malam terasa dekat dengan Menara Berkembar Petronas, cepat book bilik di Grand Hyatt.
Lokasi: 12, Jalan Pinang, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
#6 Bukit Ampang
Spot lepak terbaik untuk mereka dalam bajet dan gemarkan makanan gerai. Dari Bukit Ampang ini boleh dikatakan anda lihat bandar Kuala Lumpur secara menyeluruh.
Lokasi: Jalan Hulu Langat, Kampung Tasek Permai, 68000 Ampang, Selangor