Fesyen, Lookbook

Jovian Lancar Koleksi Glamor Baharu Menerusi Koleksi J Luxe Premium

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Guo Pei, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Jovian Lancar Koleksi Glamor Baharu Menerusi Koleksi J Luxe Premium

Sejak berada di pasaran, koleksi rekaan Jovian Mandagie sememangnya menjadi buah mulut ramai orang.

Darii segi perinciannya yang mewah serta reka bentuk persalinan yang berciri moden, pasti wanita girang untuk menggayakannya secara versatile sewaktu menghadiri acara-acara keramaian yang gah.

Foto -Arkib Wanista

Musim ini, Jovian sekali lagi menawarkan aneka pilihan glamor menerusi helaian “J Luxe Premium” bahkan setiap satunya telah dihembus dengan elemen segar untuk memenuhi jiwa sang wanita yang berkelas.

Foto -Arkib Wanista

Menurut Jovian, beliau tampil dengan idea rekaan eksklusif untuk koleksi premium ini demi menghargai para pelanggannya yang sentiasa menyokong malah membuka peluang kepada wanita hari ini untuk bergaya sakan tanpa perlu risau tentang kualiti yanng diberikan pihaknya.

Foto -Arkib Wanista

Antara rekaan yang boleh dilihat menghiasi koleksi “J Luxe Premium” kali ini adalah potongan peplum moden, perincian sulaman manik germelapan, lipatan kain unik, sisipan lebihan fabrik seperti ropol serta gaya kain ala duyung untuk menyerlahkan lagi tubuh langsing dan lampai si pemakai.

Foto -Arkib Wanista

Palet warna yang dimanfaatkan pula adalah tterdiri daripada hijau nilam, monokrom, merah hati, emas dan banyak lagi.

Foto -Arkib Wanista

Untuk keterangan lanjut, sila klik [www.jovian.com.my/shop] atau lawat laman Facebook rasmi Jovian Mandagie di [www.facebook.com/jovianrtw].

Foto -Arkib Wanista
Foto -Arkib Wanista

Harga yang ditawarkan untuk koleksi ini adalah dari RM899 hingga RM1,599 sepasang. Tempahan awal untuk koleksi J Luxe Premium 2018 boleh dibuat menerusi JStore Shah ALam, Bangsar Bangi dan secara atas talian