Tiga warga Korea Selatan ditahan kerana menjual barangan dagangan K-Pop Idol secara haram di Kuala Lumpur.
Laman web berita hiburan Koreaboo melaporkan remaja Korea telah datang ke Malaysia untuk menonton sesi fan meeting Wanna One yang berlangsung di Stadium Negara pada malam Jumaat.
Walaubagaimanapun, mereka ditangkap cuba menjual beberapa barangan merchandise yang dibuat sendiri kepada peminat lain di luar stadium tersebut.
Ketiga belia itu dipercayai telah memasuki negara ini sebagai pelancong dan tidak memiliki visa perniagaan atau permit kerja untuk menjalankan sebarang bentuk jualan atau aktiviti perniagaan lain, seperti yang dikehendaki di bawah undang-undang Malaysia.
Peminat Korea yang lain pada majlis itu memberitahu Koreaboo bahawa tiga belia itu ditahan oleh pihak berkuasa Malaysia kerana melanggar syarat visa mereka.
Sementara itu, media Korea melaporkan kementerian luar negeri Korea Selatan telah menghubungi rakan sejawatnya di Malaysia, tidak ada tindakan yang diambil ke atas penangkapan itu buat masa ini kerana kejadian berlaku pada hujung minggu.
Di Korea Selatan, netizen menyatakan kekecewaan dan malu mereka terhadap tindakan rakan senegara mereka. Buat masa ini, YMC Entertainment dan Wanna One belum membuat sebarang kenyataan berhubung perkara ini.