Pada Sabtu lepas, kecoh apabila penyanyi bersuara emas si Ed Sheeran mengumumkan yang dia sudah mempunyai tunang!
Ed melamar teman wanitanya yang bernama Cherry Seaborn itu pada penghujung tahun 2017 dan lebih menarik apabila media mendapat tahu bahawa Cherry adalah juga kekasih Ed ketika zaman persekolahan dulu.
Biarpun ada khabar angin yang mengatakan mereka rancak menyulam kasih sejak 2015, tetapi kedua-dua individu ini lebih gemar menyimpan hal peribadi sehinggalah semuanya sudah nyata.
Disebabkan Cherry bukan daripada keluarga yang berada atau dikenali, ini fakta menarik tentang Cherry Seaborn yang mungkin ramai tidak tahu.
#1 Berusia 25 tahun, lahir pada 6 Mei 1992.
#2 Cherry adalah pemain hoki wanita, pernah menyertai banyak kumpulan hoki untuk beberapa kejohanan termasuklah menjadi kapten pasukannya bagi kejohanan hoki British University dari 2012 hingga 2013.
#3 Bertemu dengan Ed ketika menuntut di sekolah tinggi yang sama iaitu Thomas Mills High School di Framligham, Suffolk.
#4 Menurut Ed, dia jatuh hati pada Cherry kerana Cherry dilihat hebat, merupakan salah seorang atlet tersohor dalam pasukan hoki sekolahnya waktu itu.
#5 Setelah tamat sekolah mereka berhubung kembali pada 2015 di New York, sewaktu Ed berada di sana untuk melakukan lima buah konsert manakala Cherry pula yang waktu itu bekerja di Wall Street.
#6 Cherry sanggup berhenti kerja kerana cinta!
#7 Pada tahun 2016, Ed pernah mengumumkan yang dia mahu berehat sebentar daripada karier muzik demi kisah cintanya dan begitu juga dengan Cherry yang kemudiannya berhenti kerja.
#8 Mempunyai bentuk badan atletik dengan ketinggian 5’6″
#9 Gossip percintaan Cherry dan Ed Sheeran mula tersebar sejak foto mereka bercumbuan tersebar sewaktu teman baik mereka, Taylor Swift meraikan parti ulang tahun perkenalan mereka sekitar 2015.
#10 Cherry mempunyai seorang adik lelaki bernama Charlie Seaborn.
#11 Cherry dan Ed kini tinggal sebumbung, bersama dengan dua ekor kucing comel bernama Calipo dan Dorito.
Bakal kahwin dengan kekasih sewaktu zaman sekolah, tahniah Wanista ucapkan pada Ed Sheeran dan Cherry Seaborn. ❤️