Tak semua berani melakukan sesuatu mengikut kehendak dirinya dan tidak peduli tanggapan orang mengenai dirinya, paling tepat tentang pemakaian di karpet merah.
Jika sebelum ini, aktres Kristen Stewart selesa memilih sneakers bersama gaun anggun ketika menghadiri karpet merah kerana kekok dan tidak yakin memakai tumit tinggi.
Hari ini, bintang muda Millie Bobby Brown mencuri tumpuan lensa kamera apabila selamba memakai sneakers di Anugerah SAG 2018.
Millie tampil ceria dalam sepersalinan dress merah jambu sequin paras lutut dari Calvin Klein, rambutnya diikat ‘toncet’ bersama reben. Untuk sneakers pula Millie selesa memakai Converse Chuck Taylor All Star.
Comelnya Millie ditambah dengan solekan serba pink, sesuai dengan usianya yang baru 13 tahun itu.
https://www.instagram.com/p/BeOyE8_gY0X/?utm_source=ig_embed&utm_campaign=embed_legacy
Kalau dekat Malaysia, mesti dah kena kecam netizen dan wartawan sebab tak hormat majlis…