Jika anda merupakan peminat setia Kate Middleton, pasti anda ketahui wanita cantik ini sering kali memakai palet warna yang ceria, segar dan penuh bersemangat, langsung tiada warna-warna yang malap dalam koleksinya.
Biru terang, hijau zamrud, merah jambu, kuning matahari serta pelbagai lagi telah dicuba malah terletak sempurna. Selain sebagai tanda menghormati majlis dengan pakaian yang berwarna-warni bagi menonjolkan suasana ceria (ikut kepada tema acara), pasti Kate Middleton mempunyai sebab lain kenapa memilih warna ceria ini?
Alasanya ialah Kate Middleton mahu menonjol dari orang ramai. Dan itu adalah perkara yang dipelajari dari Ratu Elizabeth sendiri.
Dalam sebuah dokumentari The Queen at 90, Sophie, Countess of Wessex menerangkan pelajaran yang disampaikan Ratu. “Dia perlu menonjol agar orang dapat mengatakan ‘Saya melihat Ratu’, biarpun dari jauh.
“Jangan lupa bahawa apabila dia mucul di suatu tempat, orang ramai yang hadir bukanlah satu atau dua tetapi langsung tidak dijangka, jadi dia mahu mereka nampak kelibatnya walaupun hanya sepintas lalu, jadi pemilihan warna itu sangat penting dalam pembawakan diri,” jelasnya.
Walaupun pengajaran itu sangat simple tetapi sentimen itu sangat dihargai oleh para peminat keluarga diraja. Dan untuk William dan Kate menarik orang ramai di mana sahaja mereka pergi, sudah pasti nasihat diambil dengan baik.