Siapa yang tidak kenal dengan Princess Syahrini yang mesra disapa ‘Incess’ ini? Selain merupakan antara penyanyi yang mendapat bayaran tinggi di Indonesia, beliau juga terkenal sebagai ikon fesyen yang mempunyai rupa paras cantik. Harta yang dimilikinya juga membuatkan ramai tergugat namun sehingga kini masih belum menemui pasangan hidup biar usia sudah menginjak 35 tahun.
Dalam pada itu, ramai orang membuat andaian bahawa rupa paras Princess Syahrini atau nama sebenarnya Fatimah Syahrini Jaelani telah menjalani beberapa proses pembedahan kosmetik yang menjadikannya secantik sekarang. Wallahu a’lam bish-shawabi
Tidak kurang, ramai juga yang mempertikaikan kekayaan beliau keran jika hendak dikatakan sumber kekayaannya berasal sepenuhnya daripada karier nyanyian, Syahrini tidaklah begitu fokus terhadap bidang tersebut.
Tonton Kehidupan Seharian Syahrini Sebagai Seorang Artis Popular Di Indonesia
Khabar daripada sebuah artikel yang ditulis oleh portal media tribunnews.com, antara sumber pendapatan yang membuatkan Syahrini adalah antara individu berpengaruh di Indonesi adalah kerana:
- Pengusahaan pusat karaoke yang diberi nama, Princess Syahrini Family KTV
- Penguasahaan kek di Bandung diberi nama, Princess Cake
- Royalti yang diperolehi daripada penjualan nada dering kerana lagu-lagu nyanyian Syahrini adalah yang paling laris dalam kalangan masyarakat tempatan di Indonesia
- Membuat persembahan di acara dan konsert sahaja boleh memberi keuntungan kepada Syahrini dengan bayaran sebanyak 60 hingga 250 juta rupiah (RM17,000 – 74,000) setiap kali muncul di pentas.
- Ada perniagaan minyak wangi jenama sendiri dipanggil “In Love With Syahrini”
- Sebelum aktif menyanyi, Syahrini pernah mengusahakan perniagaan hartanah. belaiu ada membuka kawasan perumahan elit yang diberi nama, Khayangan Residence.
- Membuat banyak review produk di Instagram sekaligus merupakan salah satu caradia mendapatkan kekayaan dan menurutnya satu posting yang dibuat di Instagramnya boleh mencecah RM29,000.
Jom lihat foto-foto rare Princess Syahrini!