Hello 2018!
Rasanya dah lama penulis tak kongsikan dengan korang seleksi produk terbaik daripada rangakain kecantikan Korea kan?
Bagi penulis sendiri, tak kisahlah produk kecantikan buatan negara apa sekalipun, masing-masing mempunyai keistimewaan yang tersendiri, malah penulis juga dah banyak bereksperimen dengan produk demi mendapatkan keserasian yang terbaik. Masih ingat lagi, dah berpuluh produk yang dicuba termasuklah jenama terbaik daripada rangkain penjagaan wajah Perancis hinggalah ke jenama Korea dan ternyata rangkaian penjagaan Korea dan butan Amerika Syarikat adalah yang terbaik untuk kulit penulis.
Oleh itu, penulis akan mencampur adukan seleksi produk yang dirasa sesuai dan tak semestinya membeli keseluruhan rangkaian daripada jenama yang sama. “Choose the best one and add it into your daily beauty regime!”.
Kebaikan Produk Jenama Korea
Boleh kata, rata-rata produk Korea dirumus menggunkan bahan-bahan alam semula jadi seperti bunga-bungaan, madu, dedaun herba, lembapan daripada akar tumbuhan dan banyak lagi. Justeru, ia tidak mengandungi kimia berbahaya dan harganya juga mampu milik malah tujuan penghasilan produk itu sendiri adalah untuk membekalkan kelembapan optimum pada kulit selain menghaluskan dan menghapuskan minyak berlebihan pada wajah.
Jadi, memang sesuai sangatlah dengan jenis kulit orang Malaysia betul tak? Teknologi yang digunakan untuk menghasilkan produk juga adalah yang terkini, jadi sememangnya kualiti produk terjamin dan tidak akan memberi sebarang reaksi negatif pada kulit.
Ini antara produk gempak yang koranng kena cuba pakai dan manfaatkan untuk kecantikan sepanjang 2018!
#1 Mamonde Flower Facial Sleeping Mask (Evening Primrose)
Buat julung kalinya, Mamonde mengeluarkan rangkaian masker. Penulis dah cuba, memang ia sangat berkesan untuk pulihkan kulit kering penulis.
Tempoh hari penulis ke tanah suci untuk menunaikan Umrah, jadi apabila kita tinggal di bumi orang untuk jangka masa yang lama, kulit kita bangkal terkejut seterusnya membuatkan ia kering serta kusam. Sehingga ada bahagian kulit yang mengelupas seterusnya memeritkan.
Baru-baru ini, penulis cuba bermain dengan Mamonde Sleeping Mask yang diperbuat dariapda ekstrak bunga Evening Primrose dan ternyata bekas kekeringan semakin pulih dan tiada lagi pengelupasan ekstrem.
Kalau korang baru kena sunburn, masker tidur ni memang elok sangat untuk diamalkan sebab ia berbentuk jeli yang sejuk! Baunya pun nyaman!
#2 Too Cool For School Takkoza Cleansing Wipes
Hmm, tengok packaging di macam menakutkan dan tak menarik pun hendak cuba kan? Tapi penulis nasihatkan untuk korang cuba dahulu, baru tahu!
Setiap helaian tisu pencuci mekap/wajah hasil inovasi Too Cool For School Takkoza Cleansing Wipes mengandungi khasiat ekstrak jus lobak merah tau! Pasti kulit terasa segar dan wajah pun bersih tanpa sisa mekap yang menyesakkan roma kulit.
#3 Peach & Lily Dream Sheet Masks
Nak kulit yang tengang dan anjal dalam masa 15 hingga 20 minit, boleh cuba rangkaian masker topeng ini!
#4 Cosrx Salicylic Acid Daily Gentle Cleanser
Masalah kulit berjerawat belum selesai? Boleh cuba kecutkan jerawat degil korang tu dengan pencuci wajah khas dariapda Cosrx ni. Untuk pengetahuan semua jenama Cosrx dari Korea ni memang arif dalam bidang kulit berjerawat. Semua produk mengandungi bahan yang dirumus untuk membunuh anasir jahat yang ada pada wajah korang tu.
#5 KLAIRS Supple Preparation Toner
Bagi sesiapa yang yang tak mahu pori atau liang roma wajahnya tersumbat dengan segala macam anasir jahat, boleh lekas memakai toner setiap kali lepas mencuci kerana toner berfungsi untuk mengecutkan kembali pori.
Khabarnya ini adalah toner ajaib yang terbaik untuk kulit wajah yang boleh dicuba.
#6 Moonshoot Lip Feat in Color M210
Hello! “Orange Is The New Pink” untuk musim ini!
Formulasinya tidak mengering walaupun matte… warnanya juga menonjol biar baru selapis dioles ke bibir.
Jadi gincu yang berasaskan rona jingga memang tepat untuk digayakan tahun ini. Gantikan gincu merah jambu dengan gincu berona jingga! Pasti lebih gah!
#7 3W Clinic Intensive UV Sun block SPF50PA+++
Penting kalau tak mahu kulit dihinggap jeragat atau pigmentasi. Korang boleh cuba sunblock dengan SPF 50 ni. Penulis dengar this is one of the best Korean sunblock. Harganya juga berpatutan.
#8 Innisfree The Green Tea Serum
Oleh kerana penulis dah fed up nak pakai pelembap wajah kerana selalu buat kulit wajah berminyak saban hari serta buat mekap penulis jadi bercapuk, penulis dapat ilham untuk guna serum ini setiap kali sebelum tidur dan setiap kali sebelum bersolek. Hasilnya, tiada lagi masalah kulit berminyak!
Kulit penulis sukar untuk bertindak balas dengan primer kerana dah bermacam primer penulis guna yang kononnya mampu buat mekap tahan lama, tetapi kulit sering sahaja dipenuhi “whiteheads” seolah tersumbat apabila menggunakan primer jadi sejak itu penulis tidak lagi menggunakan sebarang primer mahupun krim pelembap dan gantikannya dengan serum jenama Innisfree ini. [pssttt serum memang mahal sikit kerana formulasinya hebat]
BACA: Muka Berminyak Teruk Gara-Gara Krim Pelembap, Ni Cara Betul Pilih “Moisturizer” Untuk Kulit
Selamat mencuba! ❤️