Sneakers bukan sahaja ianya sangat selesa, senang bergerak, pelengkap gaya malah sesuai dengan zaman sekarang yang kebanyakan syarikat beri kelonggaran kepada kakitangan untuk tampil dengan gaya pakaian kasual daripada pakaian formal.
Baca: Timeless! 10 Koleksi Sneakers Paling Unggul Mesti Dimiliki Sekarang
Disebabkan itu ia menjadi item fesyen pilihan untuk orang Korea, tidak kiralah selebriti mahupun biasa, mereka lebih senang memakai sneakers. Sneakers adalah kasut yang tidak di makan dek zaman cuma corak, bentuk dan gaya sahaja berubah setiap tahun.
Contohnya kelahiran Balenciaga Triple S, yang merupakan trend sneakers yang tengah ‘in’ pada masa kini. Semenjak dilancarkan, silhouette unik ini telah mengambil alih Instagram, bahkan dicari-cari oleh golongan sneakerhead, fesyenista, selebriti – kebanyakan mereka menginginkan sneakers yang mampu memberi statement ke dalam fesyen pilihan.
Siapa antara mereka yang suka sangat dengan sneakers hodoh Balenciaga Triple S?
G-Dragon
Tak perlu dijelaskan lagi, beliau adalah trendsetter jadi apa sahaja yang dipakainya akan menjadi ikutan.
Bella Hadid
Walaupun digelar sneakers paling ‘buruk’ oleh Wall Street Journal, Bella sering dilihat memakai Balanciaga Triple S dan sneakers ini sold out di mana sahaja.
Sandara Park
She’s a Queen of sneakers! Sudah tentu Balenciaga Triple S akan berada dalam koleksinya.
Taeyang
Sneakers ni hanya membuatkan kaki Taeyang nampak besar.
Winner
Rasanya semua ahli kumpulan Winner ada koleksi Balenciaga Triple S. Kenapa agaknya? Apa yang mereka lihat pada sneakers ini?
BTS J-Hope
Kalau V obses dengan Gucci, J-Hope pula asyik dengan Balenciaga Triple S.
Dan ramai lagi selebriti lain.
Tapi berbaloi ke berhabis duit untuk sneakers ni? Hurmm tepuk dada tanya selera. Kalau dah suka, apa salahnya…