Kahwin oh kahwin! Kahwin yang penuh dengan adat istiadat dan penuh gemilang memang nampak cantik tapi rangka kerja yang diperlukan sangat menyesakkan.
Selepas majlis nikah, acara yang paling ditunggu-tunggu tetamu dan keluarga ialah melihat pasangan mempelai bersanding diatas pelamin nan indah tapi indah ke? Sudah banyak kali penulis lihat ramai bakal pengantin mengambil salah tema dan ketidaksesuaian konsep pelamin dengan busana. Pelamin dengan baju dah macam ‘tak kawan’.
Tak perlu ulas panjang, ini tips yang perlu anda terapkan dalam memilih pelamin dan busana perkahwinan.
#1 Konsep atau Tema
Pastikan baju dan pelamin anda sedondon. Kalau anda pakai busana dari songket, minta bridal anda untuk sediakan pilihan pelamin bentuk tradisional. Pelamin yang penuh dengan bunga-bungaan dan warna putih sesuai untuk perkahwinan bertemakan english style. Jika anda mahu pelamin bunga-bunga, pilih busana dari renda atau jenis balerina. Bandingkan dua gambar dibawah:
#2 Jangan Banyak Sangat Warna
Tradisional biasanya lebih sesuai dengan warna tegap atau keras seperti hijau zamrud, royal biru atau kuning emas berbanding english style yang kepada warna pastel lembut. Mainan warna pada pelamin juga penting, biarlah kena dengan baju anda dan ingin penulis tegaskan cukuplah dengan dua warna sahaja! Tak perlu rasanya pelamin anda umpama Taman Bunga Bukit Cerakah, Shah Alam.
#3 Kena Ada Karpet Ni
Anda boleh tahu bridal tersebut hebat atau tidak dengan pilihan shaggy carpet atau karpet bulu. Pilihlah yang menyediakan shaggy carpet yang tebal dan tampak eksklusif kerana ia merupakan senjata senyap untuk kesan gambar persandingan anda. Pelamin tanpa shaggy carpet tersangatlah tak into 2018. Okay bye.
#4 Saiz Kerusi
Penulis benar-benar tidak faham dengan pengantin yang masih memilih rekaan kerusi seperti zaman ‘3 Abdul’. Tinggi memanjang dan bersaiz besar sehingga menganggu ruang pelamin. Cukuplah dengan kerusi bersaiz lebar atau trend sekarang kerusi tanpa bahagian sandar. Lihat contoh dibawah:
Ini contoh kerusi ‘3 Abdul’ yang penulis maksudkan:
4 tips ringkas atas ini hanyalah pendapat penulis untuk anda achieve tema atau konsep di hari persandingan nanti. Minat, suka, citarasa kita semua berbeza-beza, terpulanglah kepada anda untuk ikut atau tidak dengan idea dari penulis.