Samsung Malaysia Electronics membuka tirai tahun ini dengan membawakan pelbagai detik keriangan bersama Samsung Galaxy A8 (2018) dan Galaxy A8+ (2018).
Direka khas untuk mereka yang gemar merakam gambar dan inginkan hasil yang sempurna, Galaxy A8 (2018) dan Galaxy A8+ (2018) menampilkan dwi kamera hadapan serta penarafan IP68 untuk perlindungan dari debu dan air, lantas membuatkan pengguna boleh menggunakannya kemana sahaja.
Dwikamera hadapan 16MP+8MP F1.9 yang terdiri dari dua kamera yang berasingan, anda boleh merakam gambar atau video dari pelbagai sudut – sama ada untuk rakaman dari jarak dekat atau gambar potret dengan latar belakang yang jelas dan terang.
Bukan itu sahaja, dua model terbaru ini juga hebat dalam teknik pencahayaan untuk rakaman siang atau malam. Malah dengan teknologi penstabilan imej video digital (vDIS) dan ciri tambahan hyperlapse tiada lagi video bergoya dan anda bebas untuk vlogging lebih panjang.
Samsung Galaxy A8 (2018) dan Galaxy A8+ (2018) menggunakan bateri 3,000 mAh dan 3,500 mAh, dengan memori RAM 4GB/6GB dan storan 32GB dan 64GB. Bukan itu sahaja, ciri-ciri khas lain yang ditawarkan oleh dua telefon pintar dari Samsung ini termasuklah Bixby, Dual Messenger dan penambah slot kad SD.
Harga (termasuk GST) dijual dipasaran ialah:
Samsung Galaxy A8 (2018) – RM1,799
Galaxy A8+ (2018) – RM2,499
Kedua peranti boleh didapati dalam tiga warna pilihan iaitu Black, Gold dan Orchid Gray.