Netizen sesungguhnya terpukau dengan kecantikan dan kemewahan perincian yang ada pada gaun pengantin milik seorang wanita Indonesia ini, dicipta eksklusif untuknya oleh seorang pereka fesyen bernama Ivan Gunawan.
Gaun tersebut turut digelar “Gaun Perkahwinan Paling Popular Di Instagram” kerana mengumpul likes paling banyak jika hendak dibandingkan dengan foto-foto gaun perkahwinan popular lain.
Busana gah tersebut disarung pengantin paling bertuah bernama Intan Azzahra pada hari perkahwinannya bersama aktor ternama berketurunan Indonesia, Zendhy Zaen, yang kemudian menjadi buah mulut orang ramai sebaik foto acara resepsi mereka di muat naik ke laman sosial oleh para hadirin yang menyaksikan.
Menurut portal berita The Sun, kegilaan yang melanda warga internet kerana terpukau dengan keindahan rekaan gaun itu bermula sejak Mac 2017 lepas… iaitu hampir setahun yang lalu.
Mendapat lebih 200,000 sukaan sebaik ia dikongsikan dahulu, kini gaun tersebut menjadi antara gaun perkahwinan paling ikonik yang pernah wujud di dunia!
Majalah fesyen terulung, Harper’s Bazaar juga rupanya pernah menyebut tentang gaun perkahwinan tersebut dan menyifatkannya sebagai “definisi sebenar gaun milik seorang Puteri Disney” dalam sebuah artikel yang diterbitkan sekitar November 2017 lalu.
Perincian yang menghiasi gaun tersebut dianggap sangat sempurna -menerusi sulaman butiran mutiara asli dan manik berkilau sehinggalah kepada kebijaksanaan pereka menggunaan fabrik tulle berombak bersama gabungan sutera yang secara tidak langsung menambah seleksi jiwa mewah pada busana si pengantin.
Bagi menaikkan seri pengantinnya lagi, Intan turut menggayakan tiara gergasi umpama yang sering dipakai karakter animasi Puteri Disney serta anting-anting berlian yang sudah cukup untuk membuatkannya kelihatan memukau.
Tidak cukup dengan itu, Ivan juga sempat mencipta sebuah lagi persalinan gaun rona merah yang tidak kurang hebatnya!