Tips - Percintaan

Cemburu Tak Bertempat? 6 Cara Ni Confirm Buat Anda Tenang…

Malisa Aina
/
Seorang individu yang sukakan spotify, netflix, sneakers, dan gincu.
Cemburu Tak Bertempat? 6 Cara Ni Confirm Buat Anda Tenang…

Cemburu merupakan emosi dan biasanya merujuk pada fikiran negatif dan perasaan terancam, takut dan khuatir kehilangan sesuatu yang dihargai, hal ini merujuk pada konteks hubungan sesama manusia.

Bila cemburu datang, anda akan rasa marah, benci, meluat malah kecewa, yang mendatangkan kepada pergaduhan yang silap hari bulan hanya membinasakan perhubungan sedia ada. Orang kata cemburu itu tandanya sayang. Tapi kalau anda selalu sahaja cemburu tidak kena dengan tempatnya, teman lelaki atau suami turut merasa rimas.

Cuba cara ni, Insyaallah rasa lebih relax

Tarik nafas dalam-dalam dan hembus sekuat mungkin. Ulang hingga perasaan anda semakin okay. Ianya sama juga cara dengan menangani perasaan marah. Keduanya merupakan aura negatif jika tak ditangani dengan betul.

Foto – FullHDWpp

Selain itu, berenang pun mampu mengurangkan kesakitan dalam hati akibat cemburu. Dengan suhu air yang sejuk, marah tadi boleh bertukar kepada reda.

Foto – Swimming.org

Menangis. Menangislah agar perasaan yang terpendam itu dilepaskan keluar. Tetapi tak bolehlah meratap sampai sebulan atau setahun, mesti ada tempoh hadnya. Takut memudaratkan kesihatan anda pula.

Foto – Health Magazine

Berdoa. Mintalah pada Tuhan agar hati anda ditenangkan dan dipermudahkan dari kesukaran. Tuhan itu Maha Penyayang dan Pengasih.

Foto – islamidia.com

Pergi ke kawasan tenang. Jika anda orang kota, cuba ambil masa beberapa hari pergi ke tempat yang lebih tenang. Udara dan suasana nyaman boleh membantu anda mendapatkan perasaan yang lebih tenang.

Foto – RAC

Makan. Selalu perasaan cemburu ini disertai dengan perasaan sedih sekali. Bila kita sedih, kita selalu distract perasaan kita dengan subjek best iaitu MAKAN. Bila makan anda akan rasa gembira.

Foto – DigiKarma
Doa ketika sedih dan mahu meminta ketenangan hati
Jangan marah-marah tau!

BACA  Ni Lelaki Patut Buat Kalau Teman Wanita Suka Heboh Masalah Di Media Sosial