Beberapa minggu lalu, penulis berpeluang untuk menunaikan Umrah bersama dengan keluarga. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar, cuma badan tak berapa hendak sihat kerana batuk dan selesema. Maklum sahajalah, bila orang kata pergi umrah musim sejuk tu, kita fikir sejuk di Mekkah dan Madinah tu sejuk yang cuma suam-suam, tapi rupanya… sejuk dia dah sama taraf dengan rasa sejuk suhu negatif!
Angin sejuk menderu-deru non-stop dari subuh sampailah ke isya’ especially di Madinah. Naik kering jugalah kulit badan orang Malaysia yang tak biasa macam kita ni. Bibir tak usah cakaplah, dah macam bibirorang panjat gunung Everest! Nasib bawa Vaseline.
Penulis pasti ada di antara anda yang menyimpan impian untuk sampai ke tanah suci betul tak? Tapi, ramai tak tahu caranya bahkan, persiapan akan dianggap perkara paling leceh kerana perlu visa, mana hendak beli baju yang sesuai dan sebagainya. Ha, itu belum lagi kemusykilan yang bakal timbul sebaik tiba di destinasi nanti.
Sama seperti anda, penulis juga tidak membuat persediaan yang sempurna kerana baru pertama kali hendak pergi, justeru untuk memberi pencerahan kepada anda semua, ini penulis kongsikan tip persediaan lengkap untuk ke Umrah dan apa yang anda perlu tahu sebelum pergi secara ringkas.
Agensi Pelancongan
Seperti penulis, kami sekeluarga mengikuti rombongan umrah bersama dengan agensi pelancongan yang tidak asing lagi iaitu Rayhar. Disebabkan Rayhar adalah salah satu travel agent yang sering mengelolakan jemaah umrah, jadi tiada masalah rasanya bila berurusan dengan pihak yang sudah banyak pengalaman ni. Tengok ulasan dan testimoni pun semuanya pakat positif. Untuk pakej umrah musim sejuk 25 Disember 2017 hingga 5 Januari 2018 (12 hari) termasuk hotel penginapan di Mekkah dan Madinah, tiket penerbangan pergi-balik, kos pengurusan dan lain-lain, harga yang kamii pilih adalah lebih kurang hampir RM6k seorang.
Ambil pakej paling murah waktu itu kerana kami ramai. Yang penting kita hendak ke sana tu untuk beribadah. Jadi yang lain-lain tu tolak tepi. Memang masa tu fikir nak sampai je! Kami pergi bertujuh, termasuk ibu bapa dan empat orang adik penulis.
Nasihat penulis, carilah agensi pelancongan berpengalaman dan mempunyai kakitangan yang mesra membantu. Selain Rayhar Travels Sdn Bhs, anda mungkin boleh cuba Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd, Tabung Haji Travel atau Zahafiz Travel & Tours Sdn Bhd.
Bukan tak mahu sebut agensi pelancongan lain, tapi ramai di antara jemaah Malaysia sewaktu di sana memakai lanyard empat agensi pelancongan ini which kita considered baguslah pengurusan jemaah yang ditawarkan keempat-empat agensi ini.
Gambar, Visa, Dokumen, Passport
Bila dah setuju untuk ikut rombongan umrah, perlu lengkapkan tiga benda ni untuk mengelak sebarang halangan. Ingat, ambil gambar saiz Visa, bukan ambil gambar saiz passport… Periksa tarikh mati passport dan isi borang untuk lengkapkan dokumen yang diminta pihak agensi. Inshaa Allah semuanya akan berjalan lancar.
Khursus Umrah
Paling penting sebelum pergi adalah buat kajian dahulu tentang destinasi Umrah itu, banyakan membaca tentang syarat-syarat membuat Umrah. Betulkan bacaan dalam solat, kalau sebelum ini selalu ambil wuduk tidak lengkap, belajarlah cara yang betul untuk mengambil wuduk. Lengkapkan diri dengan ilmu agama sebab tu selepas anda mendaftar dan membuat bayaran pendahuluan dengan agensi yang dipilih, mereka kemudian akan anjurkan khursus umrah untuk menjelaskan apa yang kabur di mata dan fikiran anda.
Waktu di khursus umrah, banyak perkara yang buat penulis keliru. Biar dah hidup 26 tahun di dunia ni pun, baru penulis tahu umrah wajib cuma ada sekali dan yang selebih tiga lagi itu adalah umrah yang boleh kita upahkan kepada mana-mana si mati dipanggil ‘badal’. Allahu, cetek betul ilmu agama dan rasa malu pun ada.
Kalau dah pergi khursus tapi masih tidak faham, rujuk pada buku panduan yang diberi.
Buku panduan tu juga akan menjadi bestfriend korang sewaktu di sana nanti, jadi, jagalah seperti jaga harta berharga okay. Semuanya lengkap! Tak faham lagi? Tengok Youtube atau Google saja.
Beg
Lazimnya kalau koranng ikut agensi pelancongan yang dah diiktiraf ni, mereka akan beri set bagasi lengkap untuk setiap jemaah. Seperti Rayhar, mereka akan beri satu bagasi pakaian, satu bagasi hand-carry yang boleh dibawa bersama dalam pesawat, satu beg sehari-hari yang boleh diselimpang atau disangkut ke leher, satu beg telekung untuk wanita, dan satu beg jerut untuk menyimpan kasut. Maklumlah, bila kat masjid tu kasut selalu hilang, jadi boleh simpan selipar/kasut dalam beg jerut tersebut dan letak di hadapan sejadah ketika hendak solat. Yakinlah tiada bernajis selipar anda tu kerana di tanah suci memang bersih seluruh jalan-jalannya.
Penulis nasihatkan, korang semua tak perlu bawa beg tangan kerana orang ramai berpusu-pusu di mana-mana. Walaupun statistik jenayah hampir tiada di sana tetapi untuk menyenangkan, pakailah beg harian yang deberi pihak agensi.
Keperluan Peribadi
Okay, part keperluan peribadi ni memang ramai yang eager nak tahu kan kan kan?
Pakaian
Bagi yang perempuan pakailah pakaian yang longgar dan tidak terlalu meriah warnanya. Adik penulis pernah ditenung dari atas sampai kebawah kerana memakai jubah bercorak menonjol. Ye lah, mereka di sana semua berjubah hitam smeata. Jadi kalau korang tak mahu dipandang pelik, pakailah baju yang biasa-biasa sahaja. Ingat, tujuan kita ke sana untuk beribadah, korang cantik mana pun tuhan akan pandang semua orang sama rata sahaja.
Penulis bawa empat helai jubah, dua pasang baju tidur, satu baju sejuk, 3 helai tudung, dua mini telung, dua pasang baju kurung… yup that’s all. Semua ini untuk 12 hari sepuluh malam sepanjang di Madinah dan Mekkah.
Boleh ulang-ulang pakai sebelum hantar dobi sebab musim sejuk kan, kalau panas sekalipun, badan ni tak berpeluh! Kuasa tuhan. Bila orang cerita kita tak percaya, tapi bila dah pergi sendiri, serius… matahari di Mekkah memang terik tapi tak buat kita berpeluh!
Alat Solek
No need guys! Tak ada sesiapa pun nak pandang korang kat sana jadi tak perlu malu kalau muka berjeragat ke berjerawat ke. Lagipun, korang sentiasa akan berwuduk. tak perlu bawa mekap. Tapi bawalah krim pelembap, sunblock, pelembap bibir (lipbalm) dan losyen.
Wangian
Ada orang kata, perfume branded kita tu walau ada alkohol ianya masih halal sebab alkohol tu alkohol diproses menggunakan proses kimia dan bukannya proses penapaian seperti pembuatan arak. Tapi disebabkan penulis masih ragu-ragu, so no perfume at all sepanjang kat sana. Tak busuk pun, kan dah cakap kat sana tak berpeluh. Kalau nak pakai wangian sekalipun beli je lah kat sana, macam-macam jenis minyak attar ada jual. Murah pula tu dan pastinya halal!
Kebersihan Diri
Bawa gunting kecil sendiri kerana mudah untuk potong sedikit bahagian rambut setiap kali selesai bersaie, jadi tak perlu pinjam orang. Untuk sabun dan syampu, memadai bawa botol bersaiz travel pack itu. Mana tahu kalau hotel tak sediakan kan? Berus gigi dan ubat gigi pun penulis bawa sendiri. Tuala boleh request dari hotel atau bawa sahaja yang nipis sebagai persediaan. Tapi sepanjang menetap tiga hari di Madinah dan tujuh hari di Mekkah, keperluan hotel semuanya lengkap. Alhamdulillah.
Pakaian Dalam
Ha, yang ini boleh fikir sendiri kot. Macam penulis, memang kami dah beli seluar dalam pakai buang siap-siap. Kalau baju dalam, boleh ulang pakai sampai dua kali kot (malam tidur tak perlu pakailah hehe), kira sepanjang waktu subuh ke isya tu je pakai. Jangan risau sebab kat sana kedai runcit banyak dekat kawasan hotel, mana-mana hotel pun akan ada kedai runcit berhampiran, agak-agak geli untuk pakai ulang, boleh beli sabun dan cuci tangan di bilik hotel. Kalau hantar dobi takut tak molek pula sebab rata-rata pekerja dobi di sana semua lelaki.
Sarung Kaki
Belilah sarung kaki yang tidak jarang kerana di sana memang penulis hanya solat dengan bersarung kaki. Lebih mudah tanpa berkain telekung. kalau nak lagi selesa, beli sarung kaki yang berjari tu. Senang!
Kalau kita lihat, memang ada jenis sarung kaki yang dicipta khas untuk memudahkan pengambilan wuduk ni, penulis pun pernah pakai sewaktu di sana tapi lepas sekali dua pakai, belahan pada setokin akan mula meregang dan menampakkan kulit… Hmm, tak sah pula solat nanti. Jadi, belilah sarung kaki yang biasa-biasa tu.
Sarung Tangan
Kalau dah pakai telekung, tak pakai sarung tangan pun tak apa kot… Kalau korang solat pakai jubah dan takut terselak tangan bolehlah pakai.
Botol Sembur (Spray Bottle)
Penulis wajibkan korang bawa botol semburan ni. Isi dengan air paip siap-siap dan bawa bersama sewaktu berada di Masjidil Harram. Ini kerana tandas wanita berada jauh di luar kawasan masjid dan tempat wuduknya pula entah di mana. Sukar untuk kita berpusu-pusu berebut dengan orang lain pada masa-masa peak hour.
Adakalanya wuduk mudah terbatal kerana kita tidak terkecuali akan bersentuhan dengan yang bukan muhrim kerana mereka yang bermazhab lain itu tidak peduli dengan kita dan akan terus melanggar kita baik secara sengaja atau tidak… biarpun sewaktu di dalam masjid.
Oleh itu, gunakan air dalam botol tersebut untuk mengambil wuduk. Carilah mana-mana bahagian masjid yang tersorok untuk anda mengambil wuduk dengan botol semburan tersebut.
Kasut
Sila bawa dua jenis kasut. Kat sana jangan bermimpi nak berkasut tinggi bagai, nanti tumit runcing celus dalam pasir menyusahkan je!
Sediakan satu selipar sarung, dan satu lagi kasut tampak rendah bertutup (sport shoes). Jangan beli selipar jepun sebab di sana memang akan banyak berjalan jadi takut tercabut dan tak tahan lama.
Selipar tu korang boleh pakai untuk ke masjid atau ke kedai berdekatan. Kasut tu boleh pakai masa korang nak ke tempat miqat atau pergi melawat tempat-tempat bersejarah yang akan dipandu oleh mutawif dan para ustaz berpengalaman sepanjang di sana.
***Mutawif adalah gelaran diberikan kepada petugas yang bertanggungjawab menjaga kebajikan jemaah sekalian. Mereka ini biasanya memang orang yang sudah bermastautin di sana.
Tudung
Jangan ‘bajet retis’ sangat nak berniqab macam Che Ta dan Fazura tu. Afterall, kat muka kita orang Malaysia ni tak ada apa yang nak disorok pun. Kalau orang Syria ke orang Madinah tu ye lah muka diorang macam bidadari. Kita yang perempuan ni pandang diorang pun macam terkedu jap! Cantik dia MashaaAllah lagi cantik daripada artis-artis Hollywood tu! Sumpah tak tipu okay.
Untuk tudung, penulis cuma bawa tudung bawal bersaiz besar supaya bila pakai boleh labuhkan sehingga paras bawah dada. Itu pun, penulis hanya pakai untuk pergi bermiqat (berniat umrah) dan jika hendak ke masjid untuk tunai solat fardhu, penulis dengan selesanya hanya menyarungkan mini telekung. Pergi shopping masa sehari sebelum balik tu pun pakai telekung haha.
Duit Poket
Sebab nak beli ole-ole untuk kenalan dan saudara-mara dan memang teringin nak makan street food di Mekkah/Madinah, penulis tukar RM1k siap-siap. Dapatlah dalam 900 Riyal macam tu. Okay lah, not bad. Duit kita dengan duit diorang tak banyak beza. Diorang lebih 30 – 50 sen daripada kita macam tu.
Kalau nak tukar duit memang elok kat Malaysia sebab dekat sana korang kena beratur panjang dan berebut dengan pak-mak arab serta warga asing untuk tukar wang di kaunter. Sesak nafas dibuatnya!
Okay… bila korang dah sampai fasa yang ni, rasanya korang dah cukup lengkap dan bersedia untuk pergi… nanti penulis sambung cerita dalam episod yang kedua macam mana journey penulis dari Malaysia ke tanah Madinah dan Makkah selama 12 hari 10 malam ❤️
Selamat beramal!