Jenama gaya hidup global Cole Haan, memperkenalkan teknologi Stitchlite yang inovatif pada koleksi produk-produknya yang pelbagai dengan pelancaran koleksi kasut ringan yang terbaru untuk musim bunga kali ini iaitu – koleksi kasut 2.ZERØGRAND dengan Stitchlite dan GrandPrø Tenis dengan Stitchlite untuk kaum lelaki dan wanita.
Teknologi Grand.ØS yang dipatenkan dan dibangunkan oleh jenama ini telah menghasilkan kasut yang paling ringan dan selesa yang memberikan pengalaman yang dinamik dan bertenaga.
Untuk mempamerkan ciri-ciri kasut dalam koleksi yang baru ini kepada para pengguna, kempen musim bunga ini menampilkan kasut 2.ZERØGRAND dengan Stitchlite dan kasut GrandPrø Tenis dengan Stitchlite dalam keadaan terapung di udara, membolehkan sinar lampu berwarna untuk bersinar menembusi jahitan kasut tersebut. Warna-warna cerah yang diilhamkan oleh lampu berwarna-warni mempamerkan evolusi dan tahap baru pada teknologi Stitchlite.
Kasut dual jantina ini boeh didapati dalam pelbagai warna dan harganya bermula daripada RM899 untuk kasut wanita dan RM999 untuk kasut lelaki.