Seorang youtuber dan bekas ratu cantik dari Jerman, Farina Behm menerima ancaman kematian hanya kerana teman lelakinya merupakan orang Asia.
Perkara ini dikongsi Farina dalam video yang disiarkan pada 9 Januari, Farina sendiri menerangkan cabaran yang dihadapinya setiap hari, lebih-lebih lagi bila bersama teman lelakinya itu.
Teman lelaki Farina, Dong-in, lelaki Korea yang dibesarkan di Jerman, jadi mereka tidak pernah mempunyai halangan budaya di antara mereka. Tetapi apa yang menjengkelnya adalah orang yang tidak dapat memahami bagaimana dua individu latar belakang yang berbeza sebenarnya boleh menjadi pasangan.
“Bagi saya, ia benar-benar mengejutkan bahawa masih ada orang di luar sana dengan pemikiran yang sudah ketinggalan zaman,” luah Farina.
Mereka telah menerima pelbagai reaksi, walaupun orang ramai di berkata secara terang di jalanan, tetapi cara pandangan pelik yang diberikan terutamanya dari golongan usia emas cukup membuatkan dirinya berasa tidak selesa.
“Saya dipanggil dengan beberapa panggilan lucu.. satu istilah yang sering digunakan ialah pengkhianat kaum. Ada juga yang memberitahu saya untuk mencari seorang lelaki yang sebenar kerana menurut mereka, lelaki Asia bukan lelaki sebenar,” jelas wanita ini.
Ia menjadi lebih buruk apabila pasangan itu menerima ancaman bunuh daripada seorang inidividu yang menghantar mesej di Instagram Farina.
“Bayangkan individu tersebut mempunyai alamat emel saya dan menghantar emel lebih kurang 20 kali, menerangkan bagaimana dia mahu menyeksa dan membunuh kami, ianya berlaku hampir setiap hari.
“Hal ini benar-benar mengganggu, ia hanya menunjukkan berapa ramai orang yang mempunyai masalah melihat kehidupan orang lain,” terangnya lagi.
Orang macam ni memang sakit mental agaknya, suka nak menyibuk hal orang lain….