Kalau di Malaysia baru-baru ini kecoh dengan suhu rendah sekitar 21 darjah celcius tapi di Russia suhu rendah disana boleh kini mencecah sehingga -67 darjah celcius!
Yakutia sebuah wilayah di timur bandar Moscow telah mengalami penurunan suhu mendadak sejak Selasa lalu. Sekolah dan beberapa tempat awam terpaksa ditutup sebagai langkah keselamatan. Pihak berkuasa juga menasihatkan ibubapa supaya anak-anak sentiasa didalam rumah.
https://www.instagram.com/p/Bd7hquwnZwT
Paling mendapat perhatian dunia ketika ini ialah sebuah kampung kecil Oymyakon di wilayah ini yang kini digelar kampung paling sejuk dengan penurunan suhu sehingga termometer digital kampung tersebut rosak!
Gambar Instagram milik Anastasia Gruzdeva menjadi tular apabila dia berkongsi keadaan cuaca di Yakutsk. Lihatlah! Bulu mata pun boleh jadi beku.
500 orang penduduk kampung itu masih menjalankan aktiviti seharian mereka dengan normal. Suhu paling sejuk yang pernah dicatatkan di kampung Oymyakon ialah -68 pada tahun 1933.