Gaya hidup yang aktif dan pantas menyebabkan ramai wanita yang meninggalkan rutin penjagaan wajah. Tanpa sedar kulit wajah menjadi lebih kusam dan tidak bermaya akibat terdedah dengan sinaran matahari, kekurangan vitamin dan kesan mekap berterusan.
Kini kebanyakan jenama kecantikan mengetengahkan produk penjagaan kulit yang lebih banyak langkah untuk memberi hasil kulit yang lebih sihat. Tidak terkecuali dari itu, rangkaian produk dari Jepun Pika Pika Rose Range dengan ekstra air mawar organik dikatakan boleh membantu menghidrasi semula kulit.
Tugas produk ini melembabkan kulit sekaligus melembutkan kulit dari kebaikan ekstra buah jali.
Pika Pika Rose Water All-In-One Conditioning Gel berfungsi seperti 5 langkah penting penjagaan wajah iaitu serum, menyegar, losyen, krim dan mask. Ia sangat mudah digunakan, hanya perlu menyapu sekitar muka dan leher selepas selesai membersih. Kulit anda akan terasa lebih lembut dan tidak lagi kering.
Bagi anda yang mempunyai masalah pori-pori besar, Pika Pika Rose Water Skin Conditioning Toner mengandungi kadar pH 5.5 yang baik untuk mengecilkan pori-pori. Setelah itu, anda boleh mengembalikan kelembapan dengan Pika Pika Rose Water Moisturising Emulsion.
Juga dapatkan pembersih wajah dari pilihan Pika Pika Deep Cleansing Range lengkap dengan ekstra BHA dan AHA buah-buahan semulajadi. Anda boleh memilih mengikut kesesuaian kulit iaitu Sparkling Bright Fruity Cleansing Liqiud, Sparkling Bright Peel Off Mask dan Sparkling Bright Hot & Cool Cleansing Gel.
Dapatkan Pika Pika Rose Range di stor Watsons berdekatan anda atau secara atas talian di http://www.watsons.com.my/pika-pika.