Tahun baru, keseronokan baru! Sunway Lagoon mengajak anda rakan dan kaum keluarga untuk bergembira sepanjang Januari ini.
Sepanjang bulan ini, tetamu bisa menikmati pakej untuk dua orang (wargenegara) pada harga RM240 termasuklah pilihan kupon pembelian makanan RM40 atau baucar runcit RM40.
Jangan ketinggalan untuk menikmati potongan harga bagi pembelian tiket-tiket permainan yang membolehkan anda untuk bermain tanpa henti di seluruh taman tema.
Bukan itu sahaja, sertai peraduan Two-Getherness di mana dua pemenang bertuah akan mendapat dua tiket penerbangan ke Auckland New Zealand! Antara syarat menyertai peraduan adalah perlu merakam video anda dan rakan sewaktu sedang melakukan aktiviti lasak Bungy Jump atau G-Force X. Kemudian, video itu hendaklah dimuat naik ke akaun instagram peribadi sambil disertai hashtag #SLTwoGethernessContest dan #SunwayLagoonMY.
Senarai Harga
1. Bungy Duo: RM130 (pemegang mykad) ; RM230 (bukan pemegang mykad)
2. G-Force X Duo: RM50 (pemegang mykad) ; RM100 (bukan pemegang mykad)
3. Combo Bungy + G-Force x Duo: RM170 (pemegang mykad) ; RM280 (bukan pemegang mykad)
Untuk keterangan lanjut, sila klik [sunwaylagoon.com] atau lawat laman Facebook rasmi Sunway Lagoon di [www.facebook.com/SunwayLagoonMalaysia].