Setelah sekian lama berdiam diri YoonA baru-baru ini ada membintangi muka hadapan untuk sebuah majalah fesyen dan kecantikan ‘Grazia’ edisi China.
Tidak kekok untuk bergerak ligat di hadapan kamera, gadis berusia 28 tahun ini kelihatan seksi, menggayakan busana dress rona nude serta gaya rambut pendeknya yang disisir rapi.
Dalam masa yang sama, YoonA jug aberjaya mempamerkan watak yang lebih matang dalam setiap satu foto yang dirakam untuk majalah tersebut.
Untuk pengetahuan semua, sebelum ini YoonA pernah diiktiraf sebagai bintang Korea ternama yangs ering mewarnai dunia peragaan untuk seleksi majalah popular dan hal itu kemudiannya menarik minat ramai untuk sentiasa mengambil tahu denganperkembangan terkini YoonA.
Bukan itu sahaja, beliau juga dikhabarkan bakal muncul dalam sebuah program realiti televisyen JTBC’s ‘Hyori’s Bed and Breakfast‘ untuk musim ke-2.
Antara majalah lain yang pernah memaparkan wajah YoonA pada muka hadapan adalah Allure, Dazed, W Korea, InStyle, Marie Claire dan Style Joseon.