Tidak lengkap rasanya koleksi Musim Bunga Fesyen Coach 2018 tanpa sepasang kaca mata pelengkap gaya untuk koleksi beg tangan terbaru mereka. Baca: Selena Gomez Gayakan Koleksi Beg Tangan Coach Spring 2018.
Signature terbaru Coach dalam koleksi kaca mata kali ini memperkenalkan tiga pilihan iaitu: Buckle – perincian kancing Coach dan bingkai tebal, Horse and Carriage Lens Applique – hiasan penuh logo ikonik Coach berbentuk tiga dimensi dan Coach New York – menampilkan pilihan warna kanta kromatik dan berkilau.
Ketulenan rekaan Coach menjanjikan gaya mewah dan inovasi terbaru dalam dunia fesyen. Rekaan bingkai terbaru ini boleh didapatkan di seluruh butik cermin mata terpilih Malaysia bermula Januari 2018.