Kesihatan

Ambil Perhatian: 8 Petanda Kanser Serviks (Pangkal Rahim)

Afiqah Syamin
/

Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Guo Pei, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️

Ambil Perhatian: 8 Petanda Kanser Serviks (Pangkal Rahim)

Kita sudah sedia maklum dengan petanda awal serangan kanser payudara dan kanser rahim (ovari). Tetapi berapa ramai yang tahu mengenai kanser serviks (pangkal rahim)?

BACA: 4 Tanda Awal Kanser Ovari Yang Semua Perempuan Patut Ambil Tahu

Parut yang ditinggalkan selepas pembedahan membuang ketumbuhan di pangkal rahim. Sumber: windeln.de

Ingin ditegaskan bahawa kanser serviks juga merupakan salah satu penyakit barah yang sering menyerang kaum hawa dan menurut sumber, kanser serviks berpunca daripada sel sihat yang ada pada permukaan serviks kemudian berubah dan ‘hidup’ secara tidak terkawal -lalu membesar menjadi ketumbuhan (tumor).

Nah, menurut sumber lagi, kanser serviks sukar untuk dikesan kemunculannya pada peringkat awal ini kerana tiada petanda-petanda yang jelas. Oleh itu, bagi mengetahui tentang kewujudannya dalam tubuh seseorang wanita, individu perlulah melakukan pemeriksaan berkala. 

Sumber: jostrust.org.uk

Umumnya, wanita sangat digalakan untuk membuat pemeriksaan ultrasound atau pap smear setahun atau tiga tahun sekali bermula pada usia seawal 21 tahun.

Nah Wanista kongsikan lapan petanda awal atau simptom kanser serviks yang mungkin boleh diambil kira oleh anak gadis dan wanita-wanita di luar sana sebelum terlambat.

#1 Tulang Mudah Retak Atau Patah

Apabila seseorang wanita itu menghidap kerapuhan tulang hingga menyebabkan ada bahagian-bahagian tulang patah atau retak, itu mungkin petanda awal kanser serviks. Apabila kanser mula merebak, ia juga akan mempengaruhi struktur tulang lalu menyebabkan ia mudah patah.

#2 Kehilangan Berat Badan Tanpa Sebab

Gambar hiasan. Sumber: gotceleb.com

Kehilangan berat badan secara mendadak tanpa sebab yang kukuh sememangnya ada kaitan dengan penyakit.  Biarpun tidak berdiet atau melakukan senaman secara konsisten, anda secara tiba-tiba kehilangan berat badan nah (lebih-lebih lagi apabila kesannya , itu mungkin simptom awal kanser serviks.

#3 Mempunyai Sejarah Merokok

Kebanyakan wanita moden hari ini langsung tidak malu untuk mengaku yang diri mereka merokok. Jika anda pernah merokok atau sememangnya perokok yang tegar, ia meningkatkan risiko untuk anda menghidap kanser serviks sebanyak dua kali ganda!

#4 Kesakitan Pada Pelvik

Sumber: doctoroz.com

Kesakitan pelvik juga boleh dikira sebagai gejala kanser serviks. Menurut portal kesihatan Prevention.com, ia boleh jadi kesakitan yang menyengat dan boleh juga jadi kesakitan yang hanya biasa-biasa. Tetapi jika kesakitan ini baru pertama kali anda rasa dan ia merupakan sesuatu yang meragukan dan tidak pernah berlaku sebelum ini, eloklah pergi bertemu pakar.

#5 Pendarahan Luar Biasa

Darah haid yang keluar lebih banyak daripada biasa dan cecair faraj (keputihan) juga keluar secara ekstrem? Lebih parah adakalanya darah keluar secara tiba-tiba meskipun sudah datang haid beberapa minggu yang lalu! OMG, itu mungkin simptom kanser serviks. 

#6 Pendarahan Selepas Menopaus

Sumber: Tumblr

Dah menopaus tapi masih berlaku pendarahan (keluar darah menerusi faraj), itu pasti ada yang tidak kena dengan organ wanita anda. Untuk pengetahuan semua, ini adalah simpton kanser serviks yang banyak berlaku terhadap wanita-wanita berumur.

#7 Sakit & Bengkak Kaki

Pada peringkat awal kanser serviks menyerang mangsanya, individu tersebut lazimnya akan mengalami kesakitan dan bengkak pada bahagian kaki.

#8 Sakit Bila Di Ranjang

Sakit ketika melakukan seks dengan pasangan mungkin berpunca daripada banyak perkara tetapi jika selama ini anda tidak pernah merasakan kesakitan itu dan baru ini kali pertama, itu mungkin simptom awal serangan kanser serviks.

Sumber: newstalkzb.co.nz

Walau bagaimanapun, jangan terlalu lekas panik dan cara terbaik adalah untuk mendapatkan penjelasan dariapda doktor apakah sebenarnya punca kesakitan itu.

Sebaik salah satu simptom di atas berlaku terhadap diri, lekaslah berjumpa doktor kerana takut jikalau ia benar-benar ada kaitan dengan ketumbuhan pada serviks. Hati-hati dan sayangilah diri. 

Selamat beramal! ❤️

RUJUKAN 1, 2 & 3

Komen Anda