Baik wanita mahupun lelaki, masalah kulit berjerawat sememangnya merisaukan. Sebab jerawat, terus hilang keyakinan untuk berdepan dengan orang ramai, bayangkan individu yang bekerja memerlukan mereka untuk berkomunikasi dengan orang, jerawat cukup menyeksakan mereka.
Untuk membantu anda, Innisfree tampil dengan rangkaian produk penjagaan kulit ‘Bija’, diperkayakan dengan minyak bija yang memberikan perlindungan kulit yang luar biasa kerana kesan antibakteria dan regenerasinya.
Produk juga mengandungi D-panthenol yang membantu untuk membina semula penghalang kulit yang lemah, menjadikan kulit lebih sihat dan dilindungi daripada masalah.
Selain itu, rangkaian Bija juga diperkayakan 4X Centella Asiatica, merupakan bahan aktif yang menyediakan penjagaan cica. Ia terdiri daripada empat ramuan utama termasuk madecassoside, madecassic acid, asiaticoside dan asiatic acid, semuanya memberikan rawatan insentif untuk kulit rosak.
Baca: ‘Daun Ajaib’ Yang Korang Biasa Makan Jadi Trend K-Beauty, Boleh Rawat Kulit Sensitif
Rangkaian Innisfree Bija Cica
Innisfree Bija Cica Mask (RM70.00/20g x 5pcs)
Ia mengandungi intipati bija yang melegakan kulit disebabkan masalah kulit yang berterusan dan membantu memperbaiki keadaan kulit.
Innisfree Bija Cica Essence (RM118.00/50ml)
Pelembap yang menyegarkan dan sesuai untuk semua jenis kulit. Ia boleh membantu mengatasi pelbagai masalah kulit dan membina semula penghalang kulit yang lemah, menyebabkan kulit lebih sihat.
Innisfree Bija Cica Intense Balm (RM118.00/25ml)
Membantu menangani pelbagai masalah kulit dan boleh digunakan di seluruh muka atau tertumpu pada bintik-bintik kecil yang bermasalah. Selain meningkatkan kulit yang bermasalah, ia juga boleh berfungsi sebagai pelembap dan menenangkan kulit yang kering dan merengsa.
innisfree Bija Trouble Focusing Patch (RM43.00/sheet)
Mengandungi minyak bija untuk menangani secara langsung dengan jerawat yang tiba-tiba dan bintik-bintik kemerahan.
Berminat? Anda boleh dapatkan di semua kaunter Innisfree.