Sebagai seorang wanita, rata-rata kita ingin kelihatan jelita sebaik bangun daripada tidur. Lebih mudah dan singkat mengambil masa untuk bersiap apabila kulitsudah cantik dna tidak memerlukan solekan tebal untuk menutup kekurangan pada wajah termasuklah cela serta pigmentasi.
Namun, setelah bermacam kosmetik dan rangkaian penjagaan wajah yang digunakan masih masalah kulit wajah tidak dapat diselesaikan. The Face Inc tampil dengan inovasi baharu untuk memperbaiki keadaan kulit agar tampak lebih berseri dan bersih tanpa cela yang dipanggil “The Face Inc Lightener”.
Tiada lagi kesukaran untuk bersolek kerana formulasi krim esen pencerah ini efektif memudarkan parut, pigmentasi dan bintik hitam secara berperingkat. Ia turut mengandungi ramuan Arbutin yang mampu menghalang kemunculan serta pembentukan melanin seterusnya mengurangkan kegelapan pada kulit biarpun selepas berjemur di bawah sinaran matahari.
Antara kebaikan lain adalah termasuk mencerahkan parut baru dan lama, memperbaiki keterampilan kulit yang bercela serta meningkatkan kompleksi wajah serta-merta.
Konsistensi cecair The Face Inc Lightener adalah ringan seperti air, tidak melekit dan akan mengering sebaik disapu pada kulit.
Untuk keterangan lanjut berkenaan produk kecantikan dari Perancis ini, sila klik [thefaceinc.com/MY] atau lawat laman Facebook rasmi The Face Inc di [www.facebook.com/thefaceincmalaysia].
Harga adalah RM178.00 (50ml) dan semua rangkaian penjagaan wajah The Face Inc boleh dibeli dari cawangan gedung kecantikan SASA seluruh Malaysia.