Sejak digemparkan dengan khabar angin kehamilan tahun lalu, nama Kylie Jenner tidak lagi kedengaran. Sudah menjadi perkara biasa bila bintang realiti ini dikaitkan dengan kontroversi. Namun berita kali ini mungkin mengejutkan ramai pihak. Kylie Jenner bakal meninggalkan dunia hiburan!
Menurut laporan dari Hollywood Life, sumber memberitahu Kylie kini sedang menikmati hidup seperti orang biasa jauh dari lensa kamera dan dia juga sibuk mempersiapkan diri untuk menjadi seorang ibu.
BACA: Sibuk “Cover” Gosip Adik Mengandung, Kakak Pun Mengandung Sama!
Lagi menguatkan kenyataan tersebut Kylie pernah menyatakan ingin terus bersara dan menjauhkan diri dari mata orang awam dan fokus sebagai ibu dan ahli perniagaan.
https://www.instagram.com/p/Bbzu-5-lr6d/?taken-by=kyliejenner
Selain itu, Kylie juga mengumumkan dia tidak lagi mengemaskini aplikasi Kylie Jenner Official App:
Hey guys from now on I won't be posting personally on my app anymore…
— Kylie Jenner (@KylieJenner) January 3, 2017
Jadi memang benarkan Kylie bakal hilang dimata dunia hiburan Hollywood? Pada pendapat penulis, biarlah dia. Kasihan dengan Kylie sejak dari kecil lagi jadi tohmahan awam dan diulit pelbagai gosip. Pada di usia muda ini seeloknya Kylie patut menikmati hidup sebagai orang yang biasa.