Berita & Isu Semasa

Tampar Pegawai Polis, Ujian Air Kencing Bukti Farid Kamil Bawah Pengaruh Ganja

Afiqah Syamin
/

Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Guo Pei, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️

Tampar Pegawai Polis, Ujian Air Kencing Bukti Farid Kamil Bawah Pengaruh Ganja

Semalam, kecoh apabila aktor tampan yang baru sahaja menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) membawa gelaran Datuk pertengahan bulan lalu ditahan polis sebaik melakukan tindakan di luar kawalan dengan menampar seorang anggota polis. 

Menurut Ketua Polis daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, kejadian yang berlaku kira-kira 1.20 petang itu dilaporkan berlaku di kaunter aduan Balai Polis Damansara.

Siasatan awal mendapati suspek datang ke balai bersama seorang rakan untuk membuat laporan polis berhubung sebuah kes kemalangan jalan raya dan apabila tiba di kaunter, anggota trafik bertanyakan laporan yang ingin dibuat suspek namun ada orang awam yang berdekatan kemudian menunjukkan mesej perbualan Whatsapp tentang “300 Artis Hutang Ah Long”.

Sumber: Astro Gempak

Beberapa ketika selepas itu, Farid yang tidak puas hati kemudian secara tiba-tiba naik tangan terhadap anggota polis berkenaan yang cuba menenangkannya serta menendang dua orang awam di lokasi sama.

Jelas Asisten Komisioner Mohd Zani lagi, kejadian itu turut disaksikan oleh pegawai polis lain bersama tiga lagi orang awam.

Aktor yang sering memegang watak gangster dalam filem-filem popular lakonannya seperti “Lagenda Budak Setan” dan “Evolusi KL Drift” itu telah menjalani ujian saringan air kencing dan dia didapati positif ganja.

Rekod Farid Kamil selama ini bersih dan tidak pernah terpalit dengan gosip sebagai antara artis bermasalah di Malaysia.

Sumber: Pinterest

Pihak media ada cuba mendapatkan komen dariapada Diana Danielle berkenaan penahanan suaminya itu tetapi sehingga kini belum mendapat sebarang maklum balas yang jelas malah Diana juga telah menutup semua ruangan komen pada laman Instagramnya mungkin bagi mengelak keadaan menjadi lebih tegang.

SUMBER 1 & 2

Komen Anda